web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siri Luruan Angin Tropika Berpotensi Mengakibatkan Banjir Besar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2021 3:06PM

Nor Hisham (kanan) bersama Ir Dr Wan Mohammad Zaidi ketika sidang media selepas Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sebanyak lima hingga enam siri luruan angin tropika dijangka berlaku sepanjang Monsun Timur Laut yang dijadualkan bermula pertengahan bulan depan.

Ancaman siri angin bersama hujan lebat secara bertumpu di kawasan tertentu itu dijangka berpotensi mengakibatkan banjir di enam negeri, termasuk tiga negeri di Pantai Timur Semenanjung iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pengarah (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, persiapan sedang dilakukan semua pegawai dan anggota bagi menghadapi kemungkinan banjir besar tahun ini.

“Kita sudah ada ‘forward base’ di Wakaf Tapai, Terengganu untuk cuba menguruskan situasi banjir di negeri Pantai Timur dan di Ayer Hitam, Johor sebagai persiapan berdepan fenomena luruan (angin) tropika.

“Seperti berlaku di Melaka baru-baru ini dan orang kampung pun tidak bersedia (untuk berpindah) kerana tidak menjangkakan paras air meningkat dengan cepat dan keadaan sama juga berlaku ketika banjir di Raub dan Maran awal tahun ini.

“Selepas ini kita akan tempatkan bot atau aset di kawasan berisiko sebelum banjir berlaku, tidak mengapalah kalau belum banjir lagi, tapi kita sudah bersedia daripada kita baru nak bergerak ketika banjir sudah berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Pahang, Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Beliau turut berkata, isu pembangunan tidak dirancang dengan baik, penggunaan tanah dan hutan dibersihkan bagi tujuan pertanian juga antara faktor yang boleh memburukkan lagi keadaan apabila ditambah pula kesan luruan angin tropika, selain fenomena air pasang besar.

Nor Hisham turut memaklumkan, pegawai dan anggota bomba dari Melaka dan Negeri Sembilan juga akan dikerahkan bagi membantu jika keadaan banjir di Pantai Timur Semenanjung dan Johor tahun ini lebih buruk berbanding tahun lalu.

Katanya, semua aset dimiliki pasukan juga sudah diselenggara dan pemeriksaan juga sudah dilakukan bagi memastikan ia dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sebaik arahan dikeluarkan.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai lantikan pegawai bomba bantuan, Nor Hisham berkata, semua pegawai terbabit menjalani latihan intensif selama 10 hari sebelum ditempatkan di balai bomba yang berdepan masalah kekurangan anggota.

“Mereka ini memainkan peranan penting dalam memastikan setiap tugasan dapat dilakukan sebaik mungkin dan latihan diberikan juga sama seperti pegawai dan anggota bomba yang berjawatan tetap.

“Kita memang ada masalah kekurangan pegawai dan anggota dari segi perjawatan disediakan kerajaan, jadi mereka (pegawai bomba bantuan) inilah yang melengkapkan kekurangan itu dan setakat ini, khidmat pegawai bomba bantuan ini digunakan di 18 balai bomba di Pahang,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia