web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pecah Cermin 12 Kenderaan, Penganggur Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 4:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur ditahan akibat bertindak memecahkan cermin 12 buah kereta yang diletakkan di sebuah lot parkir di hadapan Public Bank, Jalan Sultan Abdul Samad, Banting di sini pada pagi semalam.

Sebuah klip video berdurasi 11 saat yang memaparkan lelaki berusia 39 tahun tersebut menghayun sebatang besi ke arah cermin bahagian depan salah sebuah kereta terbabit turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, suspek dipercayai mengalami tekanan emosi, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu.

“Pemilik kenderaan melihat seorang lelaki memegang sebatang besi dianggarkan sepanjang satu meter dan telah memecahkan tingkap cermin hadapan kereta miliknya. Suspek kemudian beralih ke kereta lain dan melakukan perbuatan sama.

“Semakan awal mendapati suspek pernah dirawat sebagai pesakit mental tetapi sudah lama tidak menerima rawatan psikiatri dari mana-mana hospital sakit jiwa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas Ahmad Ridhwan lagi, semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki tiga rekod atas kesalahan narkotik, bagaimanapun ujian saringan awal air kencing didapati negatif.

“Setakat ini polis menerima lima laporan daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian daripada kejadian tersebut.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat,” ujar beliau. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Asyik Main Dam, Atuk Tak Peduli 'Serangan' Kelekatu

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Kesan Pemandu Pecah Cermin Kenderaan Di Lebuh Raya

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Polis Akan Rakam Keterangan Mr H

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka