web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NASAM Tawar Sesi Pemulihan Percuma Pesakit Strok B40

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Oct 2021 11:37AM

NASAM akan melaksanakan sesi pemulihan secara percuma kepada golongan B40, bermula bulan ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesakit strok dari golongan B40 berpeluang menikmati sesi pemulihan secara percuma bermula bulan ini.

Jurucakap Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) berkata, program tajaan Yayasan Hasanah itu akan dilakukan selama setahun.

"Tawaran pemulihan adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat dan ditawarkan di pusat NASAM yang terletak di Petaling Jaya, Ampang, Melaka, Johor, Kuantan, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.   

"Peserta yang terpilih, akan menjalani penilaian strok yang dilakukan oleh ahli fisioterapi NASAM," katanya di sini.

Menurut beliau, penilaian strok itu bertujuan memberi pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan dan masalah pesakit strok, supaya ia berupaya mewujudkan latar belakang perubatan, sosial dan pemulihan pesakit.

"Selain dari penilaian strok, pesakit turut menjalani pemeriksaan kognisi, ucapan, menelan, pergerakan dan fungsi bagi menjalani program pemulihan ini.

"Terdapat juga perbincangan keluarga untuk membantu mempermudah perancangan program pemulihan yang disesuaikan, bagi memenuhi tujuan pesakit strok dan keperluan keluarga," katanya.

Pesakit yang ingin mengambil bahagian, boleh menghubungi talian 018-222 1878 atau merujuk pusat NASAM terdekat bagi membuat janji temu atau melayari www.nasam.org untuk maklumat lanjut. - Getaran, 28 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 52 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini