web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seludup Petrol, Bina Saluran Minyak Di Dasar Sungai 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:59PM

Saluran minyak di dasar sungai yang dibina untuk menyeludup petrol ke negara jiran berjaya dikesan pihak berkuasa di Pangkalan Haram Kertas, Kampung Gual To' Deh, Rantau Panjang, semalam. - Gambar Ihsan PGA9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Kelicikan seorang penyeludup yang membina saluran minyak di dasar Sungai Golok untuk memudahkan penyeludupan petrol ke negara jiran terbongkar, apabila ditahan oleh pihak berkuasa dalam serbuan di Pangkalan Haram Kertas, Kampung Gual To' Deh, di sini, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan menerusi serbuan Op Benteng COVID, hasil kerjasama antara Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

Pegawai Pemerintah PGA9, Superitenden Nor Azizan Yusof berkata, dalam operasi itu, pihaknya berjaya merampas minyak petrol, peralatan penyeludupan serta sebuah kereta dengan nilai keseluruhan RM15,522.50.

Katanya, pada jam 9 pagi semalam, anggota bertugas terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan yang menuju ke sebuah pangkalan.

"Anggota cuba mendekati kenderaan itu dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum meminta pemandu lelaki berusia 40-an mengemukakan dokumen pengenalan diri.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan lelaki itu tidak menemui sebarang barangan yang salah, namun, hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui dua tong warna putih disyaki berisi minyak petrol.

"Anggota turut menemui enjin pam lengkap dengan getah paip menuju ke sebuah gelung konkrit. Hasil pemeriksaan dalam gelung konkrit pula menjumpai satu lagi enjin pam yang dipasang dengan batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) menghala ke Sungai Golok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas diperiksa, PVC berkenaan didapati dipasang sepanjang 300 meter merentasi Sungai Golok, disyaki dijadikan saluran untuk menyeludup petrol dari dalam negara ke tebing sungai negara jiran.

Jelas beliau, pihaknya juga menemui besi pada dasar sungai dan lelaki itu mengaku ia bertujuan untuk menghalang batang PVC berkenaan daripada pecah jika aliran air sungai deras.

"Lelaki itu ditahan dan minyak serta peralatan penyeludupan dirampas untuk dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Hasil soal siasat mendapati lelaki itu menjalankan aktiviti berkenaan sejak November tahun lalu dan mengaku mencipta saluran paip berkenaan hasil bertanya dengan mereka yang pakar," katanya.

Nor Azizan berkata, lelaki itu juga memaklumkan petrol di Thailand menerima permintaan hampir setiap hari, namun dia hanya menjalankan kegiatan berkenaan jika keadaan kelihatan tenang dan bebas daripada penguatkuasa.

Menurut beliau, tong yang tersedia di negara jiran dipercayai boleh menerima sehingga 1,000 liter petrol dan lelaki itu disyaki mendapatkan bekalan minyak petrol di stesen minyak berdekatan. - Getaran, 28 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka