web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Arah Anak Angkat Siti Bainun Diserah Pada JKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:53AM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang kanak-kanak perempuan rakyat Indonesia berumur tiga tahun yang merupakan anak angkat pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, 29, berkata Majistret Norfarahain Roslan memerintahkan kanak-kanak berkenaan ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah di Cheras selama tiga tahun.

Beliau berkata  mahkamah membuat keputusan menolak permohonan anak guamnya atas alasan berdasarkan keterangan Konsulat Indonesia, mana-mana ibu angkat yang ingin mengambil anak angkat warganegara itu perlu berumur 30 tahun ke atas dan telah berkahwin sekurang-kurangnya lima tahun.

 Mahkamah juga menolak permohonan seorang ibu kandung untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas kanak-kanak sama, katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding pendengaran permohonan itu yang  bermula 11.40 pagi dan berakhir lewat 5 petang.

Nur A’minahtul Mardiah juga berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Prosiding hari ini turut dihadiri Siti Bainun dan lima kanak-kanak berkenaan serta ibu kandung mereka.

Ditanya mengenai permohonan Siti Bainun dan empat ibu kandung bagi mendapatkan hak penjagaan empat lagi kanak-kanak di bawah jagaan JKM, Nur A’minahtul Mardiah berkata permohonan berkenaan masih belum diputuskan dan pendengaran akan bersambung 2 dan 16 November ini.

Pada 2 Ogos lepas, Siti Bainun dan empat ibu kandung memfailkan permohonan melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, memohon perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak yang diberikan kepada beberapa rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai 2021 dibatalkan serta-merta di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Siti Bainun dan empat ibu kandung itu memfailkan permohonan tersebut  dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka