web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia, ASEAN Gesa Konflik Lebih 70 Tahun Kashmir Dihentikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 1:27PM

Poster-poster bagi memperingati Hari Hitam Kashmir dipamerkan di Peshawar, pada 27 Oktober 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penindasan didepani penduduk Kashmir selepas diambil alih India secara paksa tanpa sebarang kelulusan perlembagaan serta moral kemanusiaan sejak 26 Oktober 1947, masih tidak bernoktah walaupun sudah 74 tahun berlaku.

Peristiwa dinamakan penduduk Kashmir sebagai ‘Hari Hitam Kashmir’ itu yang bermula sejak pemisahan India dan Pakistan pada tahun sama, bukan sahaja menyaksikan ratusan ribu rakyat Kashmir terkorban di tangan tentera dan orang India, tetapi turut melibatkan pemerkosaan puluhan ribu wanita.

Begitu sadisnya konflik berkenaan, status isteri bertukar janda bukan lagi perkara luar biasa, apatah lagi anak yang diyatimkan dan kemusnahan lebih 100,000 bangunan.

Bukan setakat itu, penduduk Kashmir terus dinafikan hak asasi, berdepan penghapusan etnik, ditangkap sewenang-wenangnya, ditahan tanpa perbicaraan, diseksa serta hidup dalam ketakutan dan kesusahan setiap hari.

Sehingga kini, penderitaan warga Kashmir gagal dibela apabila pihak berkaitan, termasuk agensi antarabangsa tidak bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab untuk menyelesaikan konflik berkenaan.

Meskipun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terutama yang memperjuangkan isu hak asasi dan Islam di seluruh dunia tidak pernah berhenti memperjuangkan nasib penduduk di wilayah itu serta merayu situasi terbabit dihentikan atas nama kemanusiaan, kemelut tersebut tetap berterusan.

Sempena memperingati ulang tahun sejarah menyedihkan dunia itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), menganjurkan Hari Hitam Kashmir 2021 di Ampang, di sini dengan turut dihadiri penggiat NGO, kedutaan negara luar dan delegasi asing.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, MAPIM terpanggil untuk menganjurkan acara itu sebagai antara usaha berterusan untuk mengenengahkan konflik penindasan ke atas penduduk atau sesebuah negara, melindungi deklarasi dan membawa suara solidariti mengenai isu Kashmir.

Katanya, acara itu menyaksikan satu akuan pengisytiharan ditandatangani MAPIM, NGO serta individu dari Malaysia dan Advokasi Rakyat Asean berhubung situasi membelenggu Kashmir supaya kemelut berkenaan dihentikan segera.

“Kami mengisytiharkan solidariti tidak berbelah bahagi terhadap semua penduduk Kashmir untuk mencari keadilan dan menentukan hak sendiri.

“Rakyat Malaysia dan rakyat ASEAN mengisytiharkan menyokong penyelesaian aman pertikaian Kashmir melalui plebisit (pungutan suara umum untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan atau krisis),” katanya ketika berucap pada acara itu.

Mohd Azmi berkata, mereka turut meminta supaya anggota tentera India diarahkan keluar daripada Jammu dan Kashmir.

“Agenda Hindutva dan perubahan demografi di Jammu dan Kashmir perlu dihentikan, selain menamatkan pada kadar segera keganasan serta pencabulan hak asasi manusia oleh tentera India terhadap orang awam Kashmir” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia dan ASEAN menuntut masyarakat antarabangsa bertegas ke atas mewujudkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan plebisit bagi memberi hak kepada penduduk Kashmir menentukan nasib sendiri.

Masyarakat antarabangsa katanya, turut mendesak India untuk menghentikan kekejaman, penindasan kejam dan pencabulan hak asasi manusia di Kashmir.

Selain itu, Mohd Azmi berkata, Perintah Ruang Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC perlu menghidupkan semula resolusi pertikaian Kashmir dan melaksanakan plebisit seperti dikehendaki rakyat Kashmir tanpa lengah.

Jelasnya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) harus mewakili ummah secara berterusan bagi menyuarakan kebimbangan mereka terhadap ketidakadilan dan penindasan ke atas Kashmir di bawah penjajahan India.

Kerajaan Malaysia pula, katanya, perlu menyuarakan kebimbangan dan mendesak penyelesaian secara aman berhubung pertikaian Kashmir.

“Kita meminta Ahli Parlimen untuk memulakan kaukus bagi memperjuangan isu Kashmir, manakala NGO dan masyarakat negara ini tanpa mengira fahaman harus menyokong seruan mengenai hak penduduk Kashmir.

“Media Malaysia dan antarabangsa mesti memainkan peranan dalam membangkitkan isu Kashmir kepada orang ramai,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Berkala Persiapan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Tiba Di Jepun Untuk Lawatan Kerja 5 Hari

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka