web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Jepun Untuk Lawatan Kerja 5 Hari

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 8:13AM

PM Anwar Ibrahim tiba di Tokyo pada Jumaat malam untuk lawatan kerja lima hari ke Jepun. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Jumaat malam untuk lawatan kerja lima hari.

Pesawat khas yang membawa Anwar dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo pada jam 11.40 malam (waktu tempatan). Beliau disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaik turun dari pesawat, Anwar dan Dr Wan Azizah diberi sambutan hamparan permaidaini merah. Mereka disambut oleh Duta Besar Malaysia Ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany, manakala Jepun pula diwakili oleh Naib Menteri Luar, Yasushi Hosaka.

Anwar turut diiringi oleh dua menteri kabinet iaitu Menteri Luar yang baru dilantik, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada Sabtu, Anwar akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida dan disusuli perjumpaan dengan ketua-ketua eksekutif syarikat korporat gergasi dan pemimpin-pemimpin industri.

Pada Ahad, Anwar akan menyertai rakan sejawatannya dari ASEAN antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo; Srettha Thavisin dari Thailand, Lee Hsien Loong dari Singapura, Phạm Minh Chính dari Vietnam, Hun Manet dari Kemboja dan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr - di Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

Sidang Kemuncak itu menandakan ulang tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun yang menekankan hubungan strategik antara Jepun dan sebahagian besar Asia Tenggara yang diwakili oleh ASEAN.

Pada Isnin, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Komuniti Sifar Emisi Asia dan bertemu dengan diaspora Malaysia pada sebelah petang sebelum mengakhiri lawatannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia