web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Aman Sedang Kenal Pasti Identiti @edisi_siasatmy, Terima 11 Laporan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 5:13PM

Tangkap layar akaun Twitter @edisi_siasatmy.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman sedang dalam proses mengenal pasti pengendali akaun laman sosial Twitter, @edisi_siasatmy yang mendedahkan pelbagai isu rasuah membabitkan pelbagai pihak, termasuk pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, tindakan itu diambil susulan 11 laporan daripada individu yang terkait dalam pendedahan pemilik akaun Twitter terbabit sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, siasatan pihaknya merangkumi pelbagai sudut, termasuk aspek penafian individu yang dikaitkan dengan pendedahan berkenaan.

“Kita kena siasat kedua-dua pihak membabitkan pengadu dan pengguna media sosial itu. Kita boleh menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagaimanapun, seperti pendedahan membabitkan isu rasuah, ia di bawah bidang kuasa SPRM maka mereka boleh siasat perkara itu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Antara kes yang didedahkan dalam saluran Edisi Siasat termasuk kartel daging, kes kehilangan wang RM25 juta membabitkan pegawai SPRM, kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi PDRM dan SPRM.

Di Twitter @edisi_siasatmy pula mendakwa, beberapa pegawai tertinggi di Bukit Aman menjual pangkat polis, selain menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah termasuk dalam bentuk haiwan ternakan seperti kambing atau lembu.

Pihak terbabit juga memetik, pengarah pengurusan tertinggi agensi penguat kuasa terlibat memainkan peranan melindungi sindiket dan terbabit rasuah.

Ditanya jika pemegang akaun tersebut akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat, Mohd Kamarudin berkata, pihaknya masih dalam proses mengenal pasti individu di sebalik dakwaan berkenaan.

“Kita masih siasat siapa di ‘belakang’ media sosial itu untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka