web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RTM Sedia Bantu Promosi Sukan Gusti Tempatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 5:10PM

RTM bersedia membantu mengetengahkan mana-mana industri sukan termasuk gusti profesional tempatan seperti APAC Wrestling menerusi slot siaran yang disediakan. - Gambar dari Facebook APAC Wrestling

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bersedia membantu mengetengahkan mana-mana industri sukan termasuk gusti profesional yang memerlukan sokongan dan promosi menerusi slot siaran disediakan.

Menteri Komunikasi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sentiasa menyokong pembangunan pelbagai industri sukan di negara ini terutama yang baharu dan berpotensi untuk dimajukan.

“Sukan RTM adalah saluran sukan pertama yang dilancarkan dan dimiliki sepenuhnya oleh RTM dengan tarikh penubuhannya pada 12 Jun 2018.

“Di awal penubuhannya, saluran Sukan RTM ini menggunakan nama RTM SPORTS dengan memulakan siaran ujian pertamanya secara eksklusif menerusi Platform MyFreeview Saluran 111 dan juga melalui dalam talian internet (OTT) Myklik RTM, bersempena Piala Dunia FIFA 2018,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, berhubung sokongan kerajaan terhadap industri gusti profesional tempatan seperti APAC Wrestling.

Menurut beliau, tayangan acara tersebut di saluran televisyen tempatan penting bagi membantu industri tersebut berkembang, kerana pengusti profesional tempatan sudah mula dikenali dunia.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Annuar berkata RTM bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana persatuan sukan termasuk gusti tempatan untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi bagi mengisi slot saluran tersebut.

Jelasnya, usaha itu diharapkan dapat membantu membuktikan sukan gusti di negara ini juga setanding dengan luar negara.

Pada masa sama Annuar berkata, RTM sentiasa memantapkan kandungan siaran Sukan RTM dengan bahan siaran in-house dan memperbanyakkan siaran langsung kejohanan tempatan dan antarabangsa.

“Ini sebagai usaha untuk terus menyalurkan informasi sukan terkini secara konklusif serta eksklusif antaranya UEFA EURO 2021, Sukan SEA Manila 2021 dan Sukan Olimpik Tokyo 2021.

“Tumpuan terus diberikan kepada pelbagai kejohanan sukan bertaraf dunia sama ada tempatan atau luar negara kegemaran rakyat, dalam usaha kerajaan memupuk minat serta melahirkan rakyat yang sihat dan aktif bersukan,” katanya.

Sebelum ini, Maszlee pernah mencadangkan kepada kerajaan supaya membantu mengembangkan industri sukan berpotensi besar itu walaupun dikatgeorikan sebagai satu bentuk hiburan.

Cadangan itu turut disambut baik Annuar yang memaklumkan kerajaan sedia membantu mengembangkan industri tersebut. - Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 2 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

4

Sukan 3 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka