web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PICK Berjaya Hasil Kerjasama Semua - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 6:22PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak akan berjaya tanpa kepercayaan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, pelaksanaan PICK menerima pelbagai cabaran namun berjaya dilakukan secara baik, hasil kepercayaan ramai.

“Saya melihat sukarelawan, penjawat awam semua bersama-sama telah menjalankan tugas mereka. Malah kerjasama dengan semua badan beruniform, seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua yang terlibat, jadi kerjasama ini sangat penting.

“Daripada awal lagi, saya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba telah membuat keputusan untuk tidak mempolitikkan perkara ini. Kami telah bekerjasama dengan parti pembangkang untuk menyelesaikan beberapa isu seperti di Selangor, tanpa memikirkan kepentingan politik,” katanya ketika berucap pada majlis Perkongsian Strategik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Hotel Le Meridien Putrajaya, Ioi Resort, Putrajaya petang tadi.

Khairy berkata, ini bukan waktu untuk memikirkan tentang politik semata-mata kerana apa yang lebih penting adalah menjayakan keberkesanan PICK.

“Pelbagai aset kerajaan telah digunakan sebaik mungkin bagi membantu petugas barisan hadapan menjayakan misi pemberian vaksin di kawasan pendalaman.

“Kalau kita lihat, semua aset kerajaan digunakan bagi membantu menjayakan misi vaksin rakyat. Ada gambar jururawat kita menaiki bot pergi ke Sabah, Sarawak, Pahang semua negeri, dan ini menunjukkan bahawa semua aset kerajaan digunakan dengan cara yang betul,” katanya.

Menurut beliau, ramai tidak tahu apa yang berlaku di kawasan pedalaman kerana tumpuan banyak diberikan kepada pusat pemberian vaksin (PPV) Mega.

“Kalau kita tidak berjaya, kita semua akan gagal, bukan saya atau kerajaan sahaja gagal, tetapi semua akan gagal kerana umum mengetahui bahawa vaksin sangat penting,” katanya lagi.

Malaysia jelas Khairy, antara negara yang telah mencapai imuniti kelompok melebihi 80 peratus, namun terdapat beberapa kelemahan pada awal program tersebut dilaksanakan.

"Hari ini merupakan sejarah kerana saya berkongsi pengalaman menjayakan Program PICK. Segala kebaikan dan kegagalan yang dilalui sepanjang melaksanakan PICK, menjadi sejarah apabila melihat bagaimana PICK berjaya diuruskan dengan baik.

“Sebelum ini, pada awal pelaksanaan program PICK, kami berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya melalui sistem temujanji vaksin. Ada yang buat aduan, temujanji diterima jauh daripada rumah, tapi kami belajar daripada kelemahan tersebut,” katanya.

Beliau mengakui, kesalahan terbesar adalah apabila kerajaan mengumumkan pendaftaran vaksin dibuka kepada semua pada 24 Februari.

“Ia merupakan satu kesilapan besar kerana rakyat hanya mula menerima temujanji pada bulan Ogos, menyebabkan ramai sering bertanyakan tarikh temu janji masing-masing.

“Sedangkan saya sudah terangkan banyak kali, bahawa walaupun pendaftaran telah dilakukan awal, tetapi keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan terlebih dahulu,” katanya ketika menceritakan bagaimana kementerian beliau berdepan detik-detik sukar ketika membangunkan program PICK. – Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka