web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur Diaktifkan Semula - DBKL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 7:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLCFM) yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 akan diaktifkan semula bermula Ahad ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan semalam memaklumkan sebagai permulaan, program dwimingguan itu akan dijadikan program simulasi sesuai dengan SOP baharu yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mereka yang ingin menyertai program ini perlu lengkap vaksin (dua dos vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh 14 hari) dan wajib membuat pra-pendaftaran.

“Peraturan kesihatan dan keselamatan yang diarahkan oleh MKN akan dilaksanakan secara ketat dalam melaksanakan program ini demi keselamatan peserta,” menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan program simulasi yang akan diadakan pada November dan Disember ini akan menggunakan laluan sepanjang tujuh kilometer di sekitar ibu kota.

Jalan-jalan yang terlibat dalam program itu adalah Jalan Raja, Jalan P Ramlee, Jalan Dang Wangi dan sebahagian Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“KLCFM adalah program yang dapat mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan warga kota di samping  medan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, mesra keluarga dan membudayakan penjagaan alam sekitar.

“Ia melibatkan aktiviti berjalan, berlari, meluncur atau berbasikal selama dua jam mulai 7 pagi hingga 9 pagi dan sepanjang tempoh itu, jalan-jalan yang terlibat akan ditutup kepada kenderaan awam dan persendirian,” katanya.

DBKL menjangkakan KLCFM akan dapat dilaksanakan secara penuh pada Januari depan dengan pelbagai acara sampingan lain dan penyertaan daripada lebih ramai penaja.

Mereka yang ingin menyertai KLCFM perlu membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu menerusi laman sesawang KL Car Free Morning dan DBKL serta laman Facebook KL Car Free Morning dan DBKL yang telah dibuka sejak 2 November lepas.

Peserta yang berjaya mendaftar akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tarikh pendaftaran dan untuk maklumat lanjut mengenai KLCFM, orang ramai boleh melayari www.klcarfreemorning.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka