web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saarani Dahului Senarai 192 Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Negeri Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 7:37AM

Saarani Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad mendahului senarai 192 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Saarani, 60, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-14 pada 10 Disember tahun lepas dikurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Azmir Shah Zainal Abidin.

Beliau berkata sempena hari keputeraan tahun ini, Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 13 penerima termasuk Pengarah Jabatan Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman.

Penerima lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Arham Abdul Rahman, Pengarah Kastam Perak Dr Mohamad Saprin, Pengarang Kumpulan Berita Harian Saidon Idris, Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Mohamed Zin Yusop serta Ketua Protokol dan Istiadat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Toh Jana Pahlawan SAC (Bersara) Abu Bakar Romlee.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman pula mengetuai senarai empat penerima Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Penerima lain ialah Panglima Wilayah Laut 2 Markas Wilayah Laut 2 Pangkalan TLDM Sandakan Laksamana Muda Rusli Ahmad, Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara Mejar Jeneral Felix Gonsalvez Alexander dan Pakar Perunding Bedah Ortopedik Hospital Angkatan Tentera Lumut Brigedier Jeneral Dr Musa Kasmin.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada sembilan penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 23 penerima dan Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada lapan penerima.

Selain itu, seramai 44 individu menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 47 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT) manakala Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dianugerah kepada 33 penerima dan sembilan lagi menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Mohd Zahidi berkata Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak bagi siri pertama yang membawa gelaran Datuk Seri, Datuk Seri Panglima, Datuk dan Datuk Pahlawan akan diadakan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 14 November ini.

Beliau berkata istiadat pengurniaan seterusnya bagi penerima darjah kebesaran dan pingat lain akan dianjur mengikut tarikh yang diperkenan oleh Sultan Nazrin serta tertakhluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19.

“Pelaksanaan istiadat pengurniaan juga tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat dan penerima disyaratkan menjalani ujian RT-PCR terlebih dahulu di premis kesihatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh tiga hari sebelum istiadat berlangsung.

“Ujian pengesanan menggunakan kit ujian air liur juga perlu dilakukan secara kendiri pada pagi hari istiadat berkenaan bagi memastikan penerima yang hadir disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka