web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Sedikit Meningkat Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Nov 2021 10:34AM

Kelihatan kanank-kanak bermain di halaman rumah mereka yang dinaiki air ketika tinjauan fenomena air pasang besar Alor Setar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah meningkat kepada 954 orang daripada 266 keluarga pagi ini berbanding 932 orang daripada 262 keluarga petang semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata setakat 8 pagi tadi sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di lima daerah di negeri ini.

“Satu PPS di Pokok Sena iaitu Surau Kampung Permatang Limau yang menempatkan 25 mangsa ditutup pada 6 petang semalam, manakala satu PPS di Baling iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak A dibuka semula 5.45 pagi tadi bagi menempatkan 10 mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 592 orang daripada 174 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

Kesemua PPS tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, SK Titi Gajah, SK Convent, SK Haji Wahab, SK Darul Hikmah, SK Suka Menanti dan SK Langgar.

Daerah Pendang pula mencatatkan seramai 287 mangsa daripada 75 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih.

Katanya hanya terdapat satu PPS masih beroperasi di Pokok Sena iaitu SK Tualang yang menempatkan seramai 10 mangsa daripada tiga keluarga manakala di Kubang Pasu, seramai 55 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang dan SK Malau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka