web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terpedaya Tawaran Cepat Giliran Tunai Haji - TH

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 8:02PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran untuk mempercepatkan giliran menunaikan haji.

Ia susulan laporan bahawa ada individu yang tidak bertanggungjawab, telah mengambil pendeposit bakal jemaah haji bagi membolehkan mereka dapat menunaikan haji dengan lebih cepat.

Jurucakap TH berkata, pihaknya tidak pernah melantik organisasi atau orang perseorangan sebagai perantara, orang tengah atau ejen dalam hal berkaitan tawaran haji mahu pun pakej haji.

“Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk urusan berkaitan haji, termasuk untuk mempercepatkan giliran ke tanah suci.

“Mereka menerima tawaran dana haji melalui panggilan telefon bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat itu tanpa mengikut giliran,” katanya.

Menurut jurucakap itu, sehingga kini pemilihan mana-mana jemaah untuk menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran yang sama, mengikut penggiliran awal.

“TH berharap agar orang ramai tidak terpengaruh dengan mana-mana syarikat atau individu yang menawarkan perkhidmatan terbabit membabitkan bayaran tertentu.

“Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengesan wujudnya iklan berkenaan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun ini, yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan kepada penularan virus COVID-19 yang masih berleluasa, penawaran pakej seumpama itu adalah amat meragukan.

Kamarudin berkata, siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh djalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan tersebut. - Getaran, 5 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka