web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Atasi Masalah Perkauman, Diskriminasi Sebelum Jadi Barah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Nov 2021 7:24PM

Sekitar Bengkel Isu Diskriminasi Kaum dan Permasalahannya di sekitar Kalabakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Orang ramai diminta sentiasa peka terhadap tindakan segelintir pihak yang gemar memainkan api perkauman di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, isu perkauman dan diskriminasi menjadi senjata mudah untuk memecah belahkan rakyat, seterusnya menjatuhkan kerajaan serta negara.

“Sejarah membuktikan kehebatan sebuah empayar adalah berpunca daripada penyatuan bangsanya.

“Namun, sejarah juga membuktikan banyak negara kucar kacir disebabkan isu perkauman dan diskriminasi oleh pihak tertentu yang sememangnya berniat jahat,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Menurut Rina, adalah perlu rakyat diberi pendedahan dengan isu diskriminasi dan perkauman secara ilmiah serta terbuka.

“Isu perkauman boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan masyarakat jika tidak ditangani dari awal.”

“Justeru, apabila menerima tawaran bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Pusat Komuniti Masyarakat (KOMAS) dalam menganjurkan Bengkel Isu Diskriminasi Kaum dan Permasalahannya, saya melihat ia ruang terbaik untuk membincangkan perkara ini bersama komuniti setempat.

“Malah sepanjang penganjuran, saya melihat penduduk di sekitar Kalabakan mula sedar dan tahu akan hak asasi serta diskriminasi dialami sebaik menghadiri bengkel yang dikendalikan dua badan kemasyarakatan ini,” katanya.

Terdahulu, lebih 200 peserta menghadiri bengkel selama tiga hari bermula Khamis lalu yang diadakan di empat lokasi berbeza.

Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman berkata, empat lokasi tersebut adalah Kampung Rancangan (Kalabakan), Kampung Kijang (Merotai), Kampung Tamang (Pulau Sebatik) dan Kukusan.

“Walaupun, isu diskriminasi dan perkauman tidak berlaku di sini, namun, saya melihat bengkel ini sebagai pendedahan awal kepada orang ramai agar tidak menindas atau bersifat perkauman.

“Ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan masyarakat jika tidak ditangani dari awal,” katanya.

Tambahnya, selain membincangkan isu perkauman dan diskriminasi, bengkel tersebut turut menjadi wadah mendedahkan masyarakat Kalabakan dengan peranan dimainkan SUHAKAM, sekali gus menyuarakan permasalahan yang membelenggu mereka selama ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM, Jerald Joseph berkata, pihaknya turut menerima maklumat berhubung permasalahan hak asasi masyarakat menerusi penganjuran bengkel berkenaan.

Jerald Joseph
Jerald Joseph

“Selain objektif bengkel tercapai, SUHAKAM turut menerima maklumat mengenai masalah penduduk di sini khususnya membabitkan dokumentasi, tanah adat, aduan operasi agensi kerajaan dan sebagainya.

“Paling penting, bengkel ini turut membolehkan masyarakat di sini tahu kewujudan SUHAKAM dan bersedia menyalurkan aduan berkaitan,” katanya. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tahap 2 TIP: Tanda Kemajuan Ketara Tangani Isu Pemerdagangan Orang - SUHAKAM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KDN Akan Bentang Kertas Kerja Bawa Keluar Kanak-Kanak Dari Depot Tahanan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ada Pihak Guna Isu Perkauman, Islam Takutkan Melayu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Positif Suruhanjaya Kanak-Kanak Sebagai Badan Berkanun Bebas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia