web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Pihak Guna Isu Perkauman, Islam Takutkan Melayu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:00PM

Mohammad Agus Yusoff - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) mendedahkan terdapat pihak tertentu menggunakan isu perkauman untuk menakutkan kaum Melayu, kumpulan majoriti di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pihak terbabit menggunakan isu tersebut setiap hari dengan mendakwa bangsa Melayu dan agama yang mereka anuti terancam.

“Sentimen sebegini jika diratibkan boleh menimbulkan ketegangan kaum. Negara kita sudah melalui tragedi akibat ketegangan kaum ini seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969, Memali 1985, dan Operasi Lalang 1986.

“Apakah kita mahu tragedi hitam politik negara tersebut berulang lagi? Tentunya tidakkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohammad Agus kecewa dengan artikel dikeluarkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bertajuk ‘Empangan Murtad Bakal Pecah’ kerana mengelirukan dan tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, kenyataan itu antara lain menyatakan sejak kebelakangan ini kedudukan Islam terancam berikutan beberapa kes yang melibatkan kepentingan Islam sudah difailkan di mahkamah.

“(Menurut artikel itu), sekiranya tuntutan berjaya, ia bakal menyaksikan semua mualaf yang diislamkan melalui prosedur dan enakmen yang dicabar tersebut akan dimurtadkan secara besar-besaran.

“Statistiknya tidak dinyatakan. Berapa kes mahkamah? Apakah yang kerajaan atau bukan Melayu telah lakukan sehingga Islam dikatakan terancam. Tajuk empangan pecah pun menakutkan,” katanya.

Mohammad Agus berkata, langkah berkenaan membuktikan badan bukan kerajaan (NGO) itu hanya mahu membangkitkan emosi perkauman agar orang Melayu menolak kerajaan sekarang yang didakwa tidak menjaga kepentingan golongan itu dan juga Islam.

Menurutnya, individu yang menyokong artikel tersebut dilihat bersikap jelek dan melampau sehingga ada yang bertindak meminta kerajaan melindungi agama, bukan mengikut telunjuk kafir.

“Ada juga yang mendakwa kerajaan ini dengki terhadap kebangkitan Islam dan ia adalah tindakan pengkhianat negara. Lebih jauh lagi, ada yang bertanya di mana baginda raja. Akhirnya, mereka menyeru supaya orang Melayu bangkit kerana agama Islam terancam.

“Sebagai pelajar politik, saya menolak politik perkauman. Saya impikan bangsa Malaysia yang bersatu. Saya bosan dengan naratif politik hanya untuk menimbulkan kebencian sesama kita,” katanya.

Susulan itu, beliau merayu kepada golongan muda dan rakyat Malaysia yang mahu melihat negara maju supaya menolak sentimen kaum dan agama.

Katanya, sentimen yang disebarkan tanpa fakta dan data adalah pandangan kumpulan yang mindanya sudah tertawan.

“Marilah kita berganding bahu membangunkan Malaysia Madani yang bertoleransi, berkeadilan, bersatu padu serta menjadi agen membawa kasih sayang dalam kehidupan bernegara.

“InsyaAllah, dengan cara ini, kita boleh hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati. Negara kita pula boleh melangkah maju dan gagah untuk kembali perkasa di pentas dunia. Bukankah ini yang kita mahu,” katanya. - Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemimpin, Jangan Bangkitkan Lagi Isu Perkauman, Hasut Masyarakat - Tuanku Muhriz

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Panggil Tommy Thomas, Jeyakumar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Atasi Masalah Perkauman, Diskriminasi Sebelum Jadi Barah

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

FDAM Bantah Penerbitan Iklan Hari Kebangsaan Bangkitkan Isu Perkauman

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia