web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin, Jangan Bangkitkan Lagi Isu Perkauman, Hasut Masyarakat - Tuanku Muhriz

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Nov 2022 5:25PM

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menyeru kerajaan baharu untuk memupuk semangat kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Baginda yang merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 berharap tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut masyarakat.

“Beta turut menggesa agar kerajaan baharu menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Semoga Allah melimpahi keamanan dan kemakmuran kepada Malaysia, dan rakyatnya terus diberkati serta dianugerahkan kesejahteraan yang berkekalan,” titahnya dalam perutusan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 hari ini.

Baginda yang mewakili Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang telah memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan pilihan raya di beberapa negeri baru-baru ini.

Baginda juga menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka yang baru dilantik untuk menyandang jawatan dalam kerajaan iaitu Perdana Menteri dan menteri-menteri besar negeri yang berkenaan.

“Jawatan-jawatan yang membawa tanggungjawab besar ini memberi peluang kepada mereka yang dilantik untuk memimpin negara ke hadapan.

“Beta berpandangan, peranan yang berat ini haruslah digalas berasaskan prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam Rukun Negara,” titah baginda.

Tuanku Muhriz turut menitahkan kerajaan baharu agar mendukung dan memperkukuh prinsip-prinsip Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-4 pada 1970.

Titah baginda, semangat dan nilai-nilai prinsip Rukun Negara seharusnya menjadi amalan serta pegangan semua rakyat dan bukan sekadar tertulis sebagai bahan bacaan.

Sehubungan itu, Tuanku Muhriz mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam majlis yang bersesuaian.

“Lafaz ikrar Rukun Negara juga hendaklah diketuai oleh pemimpin yang dilantik dan bukan lagi dari kalangan belia yang bersuara lantang.

“Ini akan membuktikan bahawa kerajaan serius dalam menjadikan Rukun Negara sebagai asas dan panduan rakyat Malaysia,” titah baginda. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Sembilan Perlu Tingkat Usaha Capai Matlamat Negeri Berpendapatan Tinggi

2

Politik 1 tahun yang lalu

Wakil Rakyat Berkhidmat Untuk Rakyat, Bukan Parti Atau Demi Kepentingan Peribadi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ada Pihak Guna Isu Perkauman, Islam Takutkan Melayu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Panggil Tommy Thomas, Jeyakumar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia