web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wakil Rakyat Berkhidmat Untuk Rakyat, Bukan Parti Atau Demi Kepentingan Peribadi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2023 5:49PM

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan bertitah pada Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah supaya semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu untuk terus berbakti kepada rakyat dan menyuarakan permasalahan dan keperluan mereka.

Tuanku Muhriz bertitah fokus dan keutamaan wakil rakyat berkenaan adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan rakyat di negeri ini serta memberi taat setia kepada rakyat bukan untuk kepentingan mana-mana parti politik serta peribadi.

“Negeri ini  amat memerlukan pimpinan beramanah tinggi dan berpendirian tinggi (person of honor) sesuai dengan gelaran Yang Berhormat yang diterima (wakil rakyat). Kepada calon yang dipilih beta berharap kamu semua terus berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Menyalahgunakan kedudukan yang ada menjurus kepada ketidakadilan dan kerapuhan kepada pelaksanaan dasar yang dirangka untuk kebaikan rakyat.

"Beta juga mengingatkan semua untuk bekerjasama dan memelihara serta mengambil bahagian dengan baik dalam setiap perancangan terutama ketika Dewan Undangan Negeri bersidang, bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat nikmat daripada dasar dilaksanakan,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Datuk Seri Aminuddin Harun di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Baginda turut bertitah supaya urusan pentadbiran di jabatan serta agensi kerajaan yang ada di negeri ini bebas daripada sebarang unsur penyelewengan serta salah guna kuasa, dan seterusnya kerajaan Negeri Sembilan menjadi contoh kerajaan yang bersih dan adil.

Baginda menyeru kepada seluruh anggota tentera dan polis serta semua agensi keselamatan untuk terus berkhidmat kepada Raja dan Negara selain badan kehakiman dan agensi penguatkuasaan terus berkhidmat dengan bebas dan profesional berpaksikan keadilan dan kesaksamaan.

Tuanku Muhriz turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Aminuddin dan memberikan kepercayaan kepada beliau untuk terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan jujur selain yakin amanah yang diberikan akan dilaksanakan dengan penuh integriti sekali gus memastikan rakyat menikmati hasilnya.

“Terima kasih juga kepada bekas ADUN dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang telah memberikan khidmat pada penggal yang lepas. Kepada calon yang tidak dipilih dalam pilihan raya kali ini, Beta berharap kamu semua terus menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat,” titah baginda.

Keputusan PRN Negeri Sembilan pada Sabtu lepas, menyaksikan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN manakala Perikatan Nasional (PN) lima kerusi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Politik 9 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Petang Ini

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Sembilan Perlu Tingkat Usaha Capai Matlamat Negeri Berpendapatan Tinggi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'