web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Petang Ini

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 10:07AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan akan berlangsung pada 2.30 petang ini di Istana Negara.

Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.

Pada 1 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini dan ketika ini, terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Jawatan itu kini dipangku Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).

Sementara itu, pada pagi ini Perdana Menteri menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Kementerian Kewangan, Putrajaya dan beliau juga dijadual menghadiri sambutan Jubli Perak 25 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini pada jam 8 malam ini. 

Berdasarkan liputan media, beberapa Menteri Kabinet masih mempunyai program hari ini antaranya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang melancarkan projek Inisiatif Pendapatan Rakyat-INTAN Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Ipoh, Perak.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berada di Kelantan untuk merasmikan majlis penyerahan Projek Bencana Runtuhan Tebing Sungai Kelantan di Dataran Air Muleh, Pasir Mas, manakala Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar dijadual menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Pahang di Berjaya Megamall, Kuantan pada jam 10.30 pagi ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin akan menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penawaran Perkhidmatan Pelantar 'kolektif' antara Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Malaysian Academic Consortium Sdn Bhd di Putrajaya pada jam 11 pagi. 

Pada 2.30 petang, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dijadual menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Bagi Pemasangan Solar Panel antara Malakoff Corporation Bhd dengan Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB di Putrajaya sebelum beliau dijangka mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat DAP di sini, pada jam 5 petang ini.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dijangka hadir ke majlis Huawei Cloud Partner Connection 2023 di sebuah hotel di sini pada jam 4 petang ini.

Di Shah Alam, Selangor, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijadual menghadiri majlis MoU antara Pusat Pembangunan Teknikal Negeri Selangor (STDC) dengan Kementerian Pendidikan di STDC, Seksyen 7 pada jam 3 petang ini.

Turut mempunyai program adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan dijadual menghadiri majlis makan malam Aspirasi Karnival Usahawan Desa Putrajaya di Bangi pada 8 malam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Rombakan Kabinet Tidak Semestinya Mengubah Dasar Kementerian - Ahmad Zahid

3

Semasa 9 bulan yang lalu

5 Menteri, 5 Timbalan Menteri Baharu Dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Rombakan Kabinet Dilaksanakan Untuk Penuhi Tuntutan Semasa Negara - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Luar Negara 5 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan