web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Rombakan Kabinet Tidak Semestinya Mengubah Dasar Kementerian - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 7:52AM

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) bergambar kenangan bersama kakitangan dan agensi di bawah kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ketika hadir ke majlis apresiasi Karnival Usahawan Desa (KUD) di Bangi, malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Rombakan Kabinet tidak semestinya memerlukan perubahan dasar sesebuah kementerian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sebaliknya, dasar dan acuan yang terbukti berkesan harus dikekalkan.

“Menteri datang dan pergi, timbalan menteri pun datang dan pergi. Namun, yang lebih penting bagi kita ialah biar pun kepimpinan itu bertukar ganti, kerajaan bertukar ganti, tetapi dasar (yang baik) harus dikekalkan.

“Jangan oleh kerana mahu wujudkan legasi kononnya, maka dasar diubah, yang baik pun diubah,” katanya ketika berucap pada majlis apresiasi Karnival Usahawan Desa (KUD) 2O23 di sini malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, melakukan rombakan Kabinet yang pertama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, dalam usaha memperkukuhkan pentadbiran sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan pertambahan bilangan Jemaah Menteri, pengguguran seorang menteri serta penampilan tokoh korporat dan akademik sebagai muka baharu, selain kemunculan semula lima bekas menteri.

Rombakan itu menyaksikan pertukaran portfolio membabitkan beberapa menteri dan timbalan menteri sedia, ada antaranya Datuk Seri Mohamad Hasan yang berpindah ke Kementerian Luar; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pertahanan) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi).

Mengenai KUD, Ahmad Zahid berkata, kejayaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menarik kehadiran lebih satu juta pengunjung pada karnival di Putrajaya pada 22 hingga 26 November lalu, adalah sesuatu yang harus dibanggakan dan dijadikan contoh.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyarankan kementerian berkenaan untuk berusaha menarik lebih dua juta pengunjung pada penganjuran KUD seterusnya, yang dijangka diadakan pada 2025.

Pada majlis yang turut dihadiri, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sijil penghargaan dan anugerah kepada agensi di bawah KKDW yang terlibat menjayakan KUD 2023. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Luar Negara 7 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 7 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000