web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


FDAM Bantah Penerbitan Iklan Hari Kebangsaan Bangkitkan Isu Perkauman

Bantahan itu merujuk kepada sebuah video berdurasi satu minit yang memaparkan adegan seorang bapa melontarkan kata-kata berunsur perkauman di hadapan anaknya, kemudian ditegur oleh isterinya.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 9:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) membantah penerbitan sebuah iklan berkonsepkan Hari Kebangsaan yang cuba menimbulkan isu perkauman.

Presidennya, Dr Ahmad Ibrahim berkata bantahan itu merujuk kepada sebuah video berdurasi satu minit yang diterbitkan oleh sebuah pertubuhan memaparkan adegan seorang bapa melontarkan kata-kata berunsur perkauman di hadapan anaknya yang kemudian ditegur oleh isterinya.

“Walaupun dalam video tersebut tertulis penafian, FDAM berpandangan ia tetap menyinggung perasaan pelbagai kaum di negara ini yang amat menghormati makna perpaduan dalam hidup bermasyarakat di Malaysia,” katanya. 

Dr Ahmad Ibrahim
Dr Ahmad Ibrahim

Beliau berkata iklan yang disiarkan menerusi platform media sosial itu tidak sesuai untuk tatapan penonton serta menggesa pihak berwajib iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penerbit.  

“Penerbitan video konsep Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) seperti ini boleh menjejaskan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini yang sekian lama terjalin,” katanya. 

Ahmad berkata perkara ini membimbangkan memandangkan ia telah tersebar dalam media sosial biarpun video tersebut telah ditarik balik oleh pihak penerbit daripada siaran. 

FDAM berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dapat terus memantau penerbitan video seperti itu dan nilai perpaduan khususnya tema Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat dihayati sebaik mungkin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia