web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berang Ditegur, Adik Tikam 2 Abang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 3:37PM

Pisau lipat yang dirampas oleh polis bagi membantu siasatan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah di dada dan perut akibat ditikam adiknya yang berusia 15 tahun menggunakan pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang merupakan abang kandung suspek, menegur remaja berkenaan kerana keluar menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakaknya, semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan tiga lelaki termasuk mangsa kedua berusia 19 tahun yang ditemui sedang duduk di kerusi dengan kesan kecederaan pada belakang badan, manakala suspek yang sudah tidak bersekolah dilihat berada berhampiran abangnya.

“Pada jam lebih kurang 12.08 tengah hari semalam, pusat kawalan Polis Daerah Petaling Jaya menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan, terdapat satu kejadian tikam di bawah blok sebuah pangsapuri di Taman Putra Damai, Kelana Jaya.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca apabila mangsa pertama yang berusia 24 tahun berang kerana suspek keluar menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakaknya,” katanya.

Menurut saksi, mangsa kedua cuba untuk meleraikan kejadian pergaduhan di antara dua beradik itu, namun turut terkena pisau lipat yang dipegang suspek.

Mohd Fakhrudin berkata, suspek membuang pisau tersebut di lantai setelah kedua-duanya tercedera.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Susulan kejadian, suspek yang sudah tidak bersekolah telah ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk permohonan reman,” ujar.

Semakan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Pisau lipat berukuran panjang 4 inci itu dirampas bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dengan denda atau sebat,” katanya. - Getaran, 8 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka