web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


YADIM Perlu Jelas Tindakan Gaji 12 Pekerja - Mahfuz Omar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 7:14PM

Mahfuz Omar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk menjelaskan tindakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mengajikan 12 pegawai di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut membidas tindakan YADIM dan menyifatkan ia sebagai pembaziran berikutan Menteri Agama memiliki kuota pegawai sendiri oleh kerajaan.

“YADIM telah mengajikan 12 orang pegawai di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu untuk Menteri Agama dan juga timbalannya.

“Apa perlu sampai 10 orang pegawai untuk Menteri Agama dan dua pegawai untuk Timbalan Menteri Agama untuk digajikan oleh YADIM? Ini seharusnya tidak patut berlaku.

“Tidak cukup lagi ke pegawai sedia ada diberikan kepada menteri,” soal Mahfuz ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam sidang itu Mahfuz juga mendakwa, peruntukan berkenaan amat tidak adil kerana YADIM perlu membayar RM345,000 setahun sebagai gaji 12 pegawai tersebut.

“Sudah sampai masanya kerajaan mengurangkan bilangan anggota dalam agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam negara.

“Ini untuk mengurangkan pembayaran yang tidak memberikan atau mendapat pulangan baik daripada pengendalian agensi ataupun GLC sedia ada,” ujarnya lagi. - Getaran, 8 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka