web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peruntukan Bajet 2022 AIM Perlu Dibekukan Hingga RCI Ditubuhkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 8:53PM

Armin Baniaz Pahamin - Gambar dari Facebook Armin Baniaz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) wajar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika dakwaan yang dizahirkan oleh Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) tidak berasas.

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Eksekutif Pusat dan Ketua Biro Ekonomi Pusat PEJUANG, Datuk Armin Baniaz Pahamin, susulan aduan melibatkan tadbir urus dan salah laku pengurusan AIM yang dibuat pelbagai pihak, termasuk daripada kalangan kakitangan sendiri.

Beliau menegaskan, segala bentuk dana, bantuan atau pinjaman baharu kepada AIM daripada Bajet 2022 perlu dibekukan dan hanya disalurkan setelah siasatan suruhanjaya itu selesai dilakukan.

“Kami tidak memerlukan penjelasan kerana sepatutnya ia diberi kepada Suruhanjaya Siasatan Bebas. Hanya keputusan dari Suruhanjaya Siasatan Bebas yang sepatutnya membebaskan AIM dari segala laporan salah laku.

“Integriti pengurusan AIM yang sedang dipertikaikan bertambah teruk apabila seorang ahli lembaga pengarah mereka didakwa atas 52 pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Seksyen 468 Kanun Keseksaan, melibatkan pertuduhan pemalsuan invois dan dokumen,” katanya di sini hari ini.

Armin Baniaz berkata, walaupun jenayah itu melibatkan syarikat lain tetapi kes seperti ini menjejaskan integriti, kewibawaan dan kredibiliti pengurusan AIM sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan awam dengan dana pinjaman dari kerajaan.

Terdahulu, beliau dan Ketua Pejuanita Pejuang, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim menerusi kenyataan bersama memaklumkan, isu diadu itu antaranya melibatkan ketidaktelusan pelantikan pengurusan tertinggi dan pengurusan AIM, serta lantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dikatakan mengikut selera kumpulan tertentu sehingga gagal menentukan hala tuju sebenar AIM.

Selain itu, mereka menjelaskan, ia turut mencakupi salah laku dan konflik kepentingan dalam pengurusan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, perbelanjaan boros dan pelaburan merugikan, penyelewengan wang simpanan Sahabat AIM serta ura-ura penswastaan AIM yang dinafikan sebelum ini.

Pada masa sama, AIM juga sejak 2018, didapati terlibat menjalankan aktiviti komersial dan pelaburan yang bertentangan dengan mandat penubuhan, seperti termaktub pada Surat Ikatan Amanah AIM di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

Kedua-duanya mendakwa, temu bual dan kaji selidik yang dijalankan juga mendapati hampir kesemua pelaburan AIM mengalami kerugian besar, malah dana tabung simpanan tetap daripada caruman Sahabat AIM dilaporkan tidak diketahui statusnya, dan ia berkemungkinan diguna pakai bagi pelaburan merugikan serta perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

“Pencarum yang ingin mengeluarkan wang dari tabung simpanan tetap terpaksa menunggu lebih setahun bagi menyelesaikan proses itu dan masih ada yang gagal berbuat demikian sehingga hari ini,” kata keduanya.

Dalam pada itu, Armin Baniaz turut mempersoalkan bagaimana AIM, sebuah pertubuhan yang memberi pinjaman kredit mikro boleh membayar gaji puluhan ribu kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan AIM yang seolah-olah menjadi lubuk pendapatan gergasi kepada mereka.

Segala perbelanjaan, imbuhan, penggajian dan pelaburan harus mengikut prosedur yang ditetapkan dan diperincikan untuk mengenal pasti kewujudan atau ketidakwujudan sebarang salah laku.

“Mengikut laporan yang kami terima, pengarah dan pengurusan tertinggi AIM mendapat gaji berlipat ganda dari koperasi dan syarikat berkaitan.

“Gaji puluhan ribu itu tidak wajar dan tidak memadai dengan jumlah pinjaman mikro yang disediakan untuk warga miskin.

“Berapa ramai peminjam boleh mendapat manfaat dari gaji gergasi,” katanya. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Papagomo Disiasat Berhubung Video Aibkan PM - Polis

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 12 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 12 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM