web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemuda Batalkan Niat Bapa Bawa Balik Jenazah Bayi Naik Motosikal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Nov 2021 5:56PM

Yunizam (depan sekali) bersama krunya turut terlibat menguruskan jenazah pesakit COVID-19. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sedih dan menyentuh perasaan. Itulah reaksi Yunizam Yusop, pemuda yang menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma di sekitar Sandakan, Sabah ketika menguruskan jenazah seorang bayi lelaki hari ini.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia dihubungi seorang rakan yang memaklumkan terserempak dengan seorang lelaki yang dalam perjalanan ke Hospital Dutchess of Kent untuk mengambil jenazah anaknya yang meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

Lebih menyedihkan, Yunizam berkata lelaki itu bercadang mahu membawa balik jenazah tersebut dengan menaiki motosikal.

“Tengah hari tadi kawan beritahu dia terserempak dengan seorang lelaki semasa berteduh di sebuah perhentian bas. Sementara tunggu hujan berhenti, mereka berborak. Lelaki itu beritahu mahu ke hospital untuk mengambil jenazah anaknya.

“Kawan saya pun terkejutlah, biar betul nak bawa jenazah naik motosikal. Lelaki tu kata hanya motosikal itu sahaja yang dia ada, lagipun dia tidak mampu bayar sewa van jenazah. Jadi sebab itulah kawan saya call minta bantuan untuk hantar jenazah,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Memandangkan dia ada urusan lain ketika itu, Yunizam berkata dia mengarahkan beberapa krunya untuk pergi ke unit forensik di Hospital Dutchess of Kent, Sandakan.

“Kebetulan masa tu saya ada kerja lain, jadi saya minta kru saya pergi ke sana. Bila mereka sampai memang betul ada jenazah bayi. Saya difahamkan bayi itu meninggal akibat komplikasi ketika bersalin.

“Cuba bayangkan kalau tiada yang bantu, bagaimana dia nak bawa balik jenazah itu naik motosikal Honda EX5 dalam keadaan hujan lebat dan jarak perjalanan pun dalam sejam. Memang sedihlah,” katanya.

Pada masa sama, Yunizam atau lebih dikenali sebagai Abam Botak turut meluahkan rasa syukur kerana urusan tersebut dipermudahkan.

“Alhamdulillah jenazah sudah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Batu 12. Walaupun saya sendiri tak berada di sana, saya cuba bantu setakat yang mampu.

“Kawan beritahu raut wajah bapa bayi itu berubah apabila kami beritahu mahu bantu dia. Nampak dia lega, mungkin sebelum itu banyak yang difikirkan,” katanya yang masih terlibat menguruskan jenazah pesakit COVID-19 di daerah itu.

Abam Botak menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma tanpa mengira batas agama di sekitar Sandakan, Sabah.
Abam Botak menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma tanpa mengira batas agama di sekitar Sandakan, Sabah.

Sementara itu, Yunizam berharap agar dapat terus berbakti kepada orang ramai meskipun berdepan sedikit kekangan kerana hanya dua van jenazah yang beroperasi ketika ini.

“Bila tak dapat bantu mereka yang memerlukan saya rasa terkilan. Jadi jangan segan, jangan malu. Ini satu perpaduan bagi kita semua.

“Buat masa ini hanya dua van sahaja beroperasi, empat lagi rosak. Saya pun tak tahu sampai bila (van tersebut) boleh bertahan. Harap Allah permudahkan urusan kami untuk terus berbakti kepada orang ramai,” katanya.

Kisah Yunizam tular selepas dia menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma tanpa batas agama kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Sandakan, Sabah sejak 2018.

Yunizam juga sering berkongsi kisah sedih dan penuh menginsafkan yang menimpa waris di Facebooknya. - Getaran, 9 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka