web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NGO Bukan Islam Mahu Larangan Jual Arak Murah Dikuatkuasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 9:12PM

S Gobi Krishnan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramai tidak tahu penguatkuasaan larangan jualan arak (liquor) bermula 1 November lalu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan saranan dibangkitkan oleh Ahli Lembaga Pelesenan Eksais WPKL yang majoriti ahlinya terdiri daripada komuniti bukan Islam iaitu Cina dan India.

Perkara itu didedahkan seorang Ahli Lembaganya, S Gobi Krishnan berdasarkan aduan serta rungutan diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India dan Cina, yang mahu larangan penjualan arak murah dikuatkuasakan.

“Untuk makluman, garis panduan ini dirangka oleh kami selaku Ahli Lembaga Pelesenan Eksais WPKL setelah mendapat banyak aduan atau rungutan daripada NGO India, Cina serta Pertubuhan Agama Hindu, Buddha dan lain-lain.

“Mereka merungut ramai anak muda bawah umur terutamanya daripada kaum India yang membeli dan meminum arak keras ‘hard liquor’ atau lebih dikenali sebagai samsu murah,” katanya, hari ini.

Terdahulu, larangan penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditangguhkan selama sebulan, mula dikuatkuasakan 1 November lalu.

Bagaimanapun, DBKL menerusi kenyataan menegaskan, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam, sebagaimana terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

Namun, premis berkenaan perlu menyediakan ruang jualan atau pameran khas bagi bir yang berasingan daripada minuman lain dan mengunci ruang jualan serta pameran selepas tamat waktu operasi penjualan bir, manakala had umur pembeli dinaikkan kepada 21 tahun ke atas.

Sepanjang tempoh penangguhan itu, DBKL mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti persatuan pengilang, pembotol dan peruncit, majlis perwakilan penduduk serta Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, S Gobi turut menegur sikap wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Kuala Lumpur yang cuba memutarbelitkan isu berkenaan serta bermain politik dengan menjadikannya isu perkauman.

“Kebenarannya adalah garis panduan ini dirangka oleh Ahli Lembaga Pelesenan Eksais WPKL yang terdiri daripada 100 peratus bukan Melayu.

“Kita buat keputusan ini setelah mengambil kira pandangan semua pihak, terutamanya NGO India, Cina, Hindu dan Buddha. Ini isu masyarakat yang harus kita pertahankan bersama, bukan isu kaum atau agama,” katanya.

Sebelum ini, pengumuman daripada DBKL menimbulkan rasa tidak puas hati pada MCA yang menyifatkan ia merupakan satu tindakan terkebelakang di era moden ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, garis panduan baharu itu menambahkan kesan buruk kepada perniagaan dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk, selepas berdepan cabaran disebabkan pandemik.

Selain itu, katanya, sesetengah perniagaan mungkin perlu mengecilkan atau menutup operasi mereka sepenuhnya. - Getaran, 10 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Hampir Timpa Kereta KM Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Gempur Penjaja Asing, Sita 8 Gerai Milik Warga Bangladesh

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM