web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


DBKL Gempur Penjaja Asing, Sita 8 Gerai Milik Warga Bangladesh

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 10:26AM

Operasi menggempur penjaja warga asing oleh DBKL - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  – Golongan penjaja yang terdiri daripada warga asing digempur Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin dan Lebuh Pudu petang semalam.

Jurucakap DBKL berkata, operasi berkenaan adalah susulan kepada video aktiviti perniagaan oleh golongan terbabit yang tular di media sosial sebelum itu. 

Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL telah menyita gerai milik tujuh penjaja Bangladesh yang menjual sireh, makanan, pakaian terpakai secara tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Pada sebelah tengah hari semalam, DBKL juga telah membuat rutin pemantauan dan tindakan terhadap seorang penjaja menjual sireh dari warga Bangladesh di lokasi sama di Jalan Silang,” katanya.

Jelas beliau, tindakan telah diambil DBKL di bawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016. 

“Kesemua barangan yang disita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan rekod.

“DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari masa ke semasa. Sebarang maklumat dan aduan boleh disalurkan di portal adu@kl di pautan adukl.dbkl.gov.my,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Hampir Timpa Kereta KM Melaka

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 14 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 14 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar