web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 3:59PM

Kenderaan berat digunakan untuk merobohkan gerai yang dibina berhampiran Pasar Chow Kit, semalam. gambar Nazir Sufari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan gerai di Jalan Lorong Muhibbah berhampiran Pasar Chow Kit di sini, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peniaga terbabit, selepas ia didakwa dilaksanakan tanpa sebarang notis.

Beberapa peniaga yang ditemui berkata, pada awalnya mereka menyangka operasi berkenaan hanya membabitkan deretan gerai yang terletak kira-kira 15 meter di hadapan gerai mereka, namun sebaliknya yang berlaku.

Menurut peniaga baju yang hanya mahu dikenali sebagai Gayah, 50, beliau hanya dimaklumkan mengenai tindakan itu ketika penguatkuasa DBKL mahu merobohkan gerainya pagi semalam.

“Seperti biasa saya datang gerai saya pada jam 8 pagi, mereka (penguatkuasa DBKL) beritahu saya nak robohkan gerai.

“DBKL hanya memberi masa selama 10 minit untuk ambil barang - barang berniaga. Masa itu saya dah kelam kabut nak selamatkan barang berniaga sampai luka akibat terjatuh,” katanya kepada Getaran.

Gayah yang sudah berniaga di kawasan itu sejak 30 tahun lalu berkata, tiada alasan yang jelas diberikan mengenai tindakan merobohkan gerai itu. 

Katanya, DBKL sepatutnya berbincang dengan peniaga dan memberi jalan penyelesaian terhadap setiap isu yang timbul di pasar itu.

“Awalnya saya difahamkan mereka nak roboh gerai di hadapan kami, jadi peniaga di situ dah dapat notis awal dan mereka akan berpindah di pasar baru.

“Tapi pagi tadi DBKL datang kata nak roboh gerai kami sebab struktur atap ini, tapi persoalannya kenapa sebelum ini kami tidak diberikan penjelasan.

Nurul Aini Daud (kiri) dan Gayah (kanan) ketika ditemui wartawan Getaran, semalam. gambar Nazir Sufari
Nurul Aini Daud (kiri) dan Gayah (kanan) ketika ditemui wartawan Getaran, semalam. gambar Nazir Sufari

Beliau berkata, sebelum ini timbul isu DBKL enggan memperbaharui lesen perniagaan mereka sejak tiga tahun lalu.

“Atas sebab apa pun lesen kita dibekukan tidak jelas. Sedangkan sebelum ini elok sahaja kami bayar RM120 setiap tahun untuk barukan lesen.

“Bukan kami tak tanya, dah buat rayuan tapi tak ada maklum balas, sedangkan berniaga ini punca rezeki saya, kami peniaga lama di sini.

“Sebab itu saya kata jangan layan kami seperti warga asing, kami rakyat tempatan, paling kurang pun datanglah berbincang,” katanya.

Seorang lagi peniaga baju, Nurul Aini Daud, 70, mendakwa menanggung kerugian besar akibat daripada insiden tersebut.

Nurul Aini dilihat tidak dapat menahan sebak apabila gerainya yang menjadi tempatnya mencari rezeki untuk membesarkan anak- anak selama 50 tahun roboh begitu sahaja.

Luah Nurul Aini mereka sudah banyak kali pergi ke pejabat DBKL untuk selesaikan isu pembekuan lesen, namun tidak dilayan. 

“Habis rugi saya, memang kita dapat selamatkan sikit tapi selebihnya habis rosak, tak dapat nak selamatkan.

“Memang betul lesen kita dibekukan DBKL tapi bukan kita tak berusaha untuk betulkan keadaan ini.

“Kami dah berapa kali turun naik pejabat DBKL, tapi itulah bila kita tanya pegawai ini mereka tolak ke pegawai lain sampai sekarang tak dapat nak selesai.

“Bagi saya tindakan DBKL sangat zalim,” katanya.

Sementara itu, sumber DBKL menjelaskan operasi roboh gerai Lorong Muhibbah dibuat bagi membina laluan masuk ke tapak projek pembangunan baharu Chow Kit Fasa Tiga.

Menurut sumber itu, kesemua 66 penjaja terbabit sudah menerima notis dan ditawarkan penempatan baharu iaitu di Kompleks Jalan Raja Bot, Chow Kit.

“Kesemua 66 peniaga ini adalah warga tempatan dan DBKL turut menawarkan pengecualian  bayaran sewa selama enam bulan kepada mereka.

“Mereka semua sudah akur dan menerima tawaran kami, tidak ada bantahan. Cuma mereka masih belum berpindah ke tempat baru. Tapi surat tawaran, kunci mereka dah terima,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir penjaja Jalan Lorong Muhibbah di belakang Pasar Chow Kit pula, sumber itu memaklumkan, tindakan merobohkan gerai dibuat atas kesalahan membina struktur haram.

“Ini kes lama, dah banyak aduan diterima sebab sepatutnya mereka tak boleh pasang atap, hanya boleh letak kanopi sahaja.

“Jelas mereka langgar peraturan, lesen mereka juga sudah lama dibekukan,” katanya. - Getaran, 25 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Hampir Timpa Kereta KM Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Gempur Penjaja Asing, Sita 8 Gerai Milik Warga Bangladesh

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 4 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar