web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat Laporan Palsu Hilang MyKad, Penjawat Awam Bakal Didakwa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 5:14PM

Ahmad berkata lelaki berumur 27 tahun itu bertindak sedemikian bagi mengelak daripada didenda JPN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Tindakan seorang penjawat awam membuat laporan polis palsu kononnya disamun 3 November lalu, mengundang padah dia akhirnya berdepan siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, lelaki berumur 27 tahun itu bertindak sedemikian bagi mengelak daripada didenda Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerana telah kehilangan Mykad buat kali ketiga.

"Siasatan mendapati, berlaku percanggahan antara keterangan yang dibuat semasa rakaman percakapan terhadap suspek.

"Suspek mendakwa disamun dua lelaki tidak dikenali ketika berjalan kaki menyeberangi Jalan Tun Mustapha di kawasan Pasaraya Milimewah menuju ke bangunan Paragon,” katanya.

Ahmad Jawila berkata, suspek mendakwa beg silangnya yang mengandungi dompet berisi dokumen peribadi termasuk kad pengenalan, wang tunai RM 50 dan telefon bimbit turut dilarikan.

“Pemuda tersebut akhirnya membuat pengakuan bahawa dompet tersebut tercicir semasa keluar berhibur di sebuah kafe di Pekan Jati.

"Suspek akan dituduh bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM 12,000 atau kedua-duanya sekali," katanya. - Getaran, 11 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka