web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kumpulan PETRA Lakar Sejarah Wakili ‘Suara Dunia’ Di Sidang Kemuncak Wawasan 2045 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 6:08PM

Vinod Sekhar (dua dari kanan) bersama peserta Sidang Kemuncak Wawasan 2045 yang diadakan serentak bersama sidang kemuncak iklim di Persidangan Conference of Parties ke 26 (COP 26), di Glasgow, Scotland.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan PETRA melakar sejarah susulan pemilihan sebagai peserta Sidang Kemuncak Wawasan 2045 (Vision 2045 Summit) yang dilaksanakan serentak bersama sidang kemuncak iklim di Persidangan Conference of Parties ke 26 (COP 26).

Lebih membanggakan, PETRA juga berjaya memintas 71 syarikat lain di seluruh dunia bagi menghadiri persidangan berkenaan yang berlangsung pada 8 November sehingga 10 November lalu di Glasgow, Scotland.

Menerusi platform tersebut, Kumpulan PETRA yang diwakili Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Vinod Sekhar berkongsi pandangan berhubung kemampanan dan kapitalisme terhadap ‘pendidikan berkualiti’ berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut beliau, agenda itu amat penting bagi memastikan SDG4 yang bertujuan mewujudkan pendidikan berkualiti dan peluang sama rata dalam memperoleh pendidikan dapat dicapai.

“Rasuah dan kekurangan pendidikan melemahkan masyarakat. Inilah sebabnya pendidikan penting dalam mewujudkan kesedaran dan meningkatkan komuniti, sambil memberi peluang mereka bersaing dengan sebaiknya menerusi penglibatan ekonomi.

“Pada hari ini, perniagaan bagi membentuk hala tuju komuniti tidak lagi diketengahkan. Perniagaan mesti menjadi sebahagian daripada proses dengan atau tanpa campur tangan kerajaan," katanya di sini.

Vinod Sekhar (dua dari kanan) ketika menghadiri  Sidang Kemuncak Wawasan 2045 (Vision 2045 Summit) yang dilaksanakan serentak bersama sidang kemuncak iklim di Persidangan Conference of Parties ke 26 (COP 26) di Glasgow, Scotland.
Vinod Sekhar (dua dari kanan) ketika menghadiri Sidang Kemuncak Wawasan 2045 (Vision 2045 Summit) yang dilaksanakan serentak bersama sidang kemuncak iklim di Persidangan Conference of Parties ke 26 (COP 26) di Glasgow, Scotland.

Apabila perniagaan membuat keuntungan daripada ekosistem atau komuniti jelasnya, mereka perlu menjadikan ia platform untuk mengangkat ekosistem, sekali gus mewujudkan kitaran hayat keuntungan yang akan memberi manfaat kepada semua.

Sidang kemuncak itu turut dihadiri Ketua Kelestarian Pegawai PETRA, Mooreyameen Mohamad, Pengarah Urusan PETRA Eco-Build, Rick Singh, Ketua Eksekutif Forum Kapitalisme Baik, Professor Dr Graham Kendall, Pengerusi Yayasan Vinod Sekhar, Datin Dr Winy Sekhar dan Pengarah Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk Seri Shaik Aqmal Allauddin. – Getaran, 12 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis