web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Caruman SKSPS, Hanya 6.7 Peratus Pekerja Sektor Informal Terlibat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:31PM

Awang Hashim mengagihkan topi keledar percuma kepada nelayan selepas merasmikan Bengkel Kerja Selamat Dan Sihat Di Sektor Informal-Perikanan Zon Pantai Timur 2021 di Dewan Orang Ramai Kampung Kempadang, Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sejak diperkenalkan tahun lalu, jumlah pendaftaran bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) masih berada di tahap kurang memuaskan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, skim diwujudkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu sepatutnya direbut pekerja sektor tidak formal bagi melindungi mereka jika berlaku insiden tidak diingini.

"Sehingga 5 November lalu, seramai 337,765 orang bekerja sendiri (OBS) mencarum dalam SKSPS dan jumlah ini masih rendah jika dibandingkan anggaran (jumlah) pekerja yang layak mencarum dalam skim berkenaan iaitu kira-kira 5 juta.

"Perkara ini kita akan bincang dengan PERKESO dan agensi berkaitan lain dari segi promosi atau kempen bagi meningkatkan jumlah pencarum memandangkan ramai lagi pekerja sektor informal yang layak, tetapi belum menyertai skim terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bengkel Kerja Selamat Dan Sihat Di Sektor Informal-Perikanan Zon Pantai Timur 2021 di Dewan Orang Ramai Kampung Kempadang, dekat sini, hari ini. 

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KSM, A Maniam; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ir Zailee Dollah dan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yusoff Othman. 

Selain memperoleh faedah perubatan, pencarum SKSPS turut menikmati faedah hilang upaya kekal, hilang upaya sementara, faedah orang tanggungan, faedah pemulihan dan pengurusan mayat. 

Mengulas mengenai pembabitan pekerja sektor informal di Pahang yang mencarum dalam SKSPS, Awang berkata, seramai 11,064 OBS sudah mendaftar dan mencarum dalam skim itu. 

"Daripada jumlah berkenaan, 11.3 peratus adalah mereka yang bekerja dalam sektor perikanan dan kita harap lebih ramai nelayan merebut peluang mencarum dalam SKSPS. 

"Untuk seluruh negara pula, lebih 35,000 pekerja sektor perikanan sudah mencarum dan kita (KSM) sedang bekerjasama dengan LKIM untuk mengenalpasti nelayan atau pekerja sektor ini (perikanan) yang belum mencarum dan memberi penjelasan mengenai kelebihan bakal dinikmati apabila mereka menyertai skim berkenaan," katanya. 

Sementara itu, beliau berkata, sehingga September lalu, sejumlah 679 kes kemalangan pekerjaan membabitkan pekerja sektor pertanian, perikanan dan perhutanan direkodkan. 

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes kemalangan mengakibatkan kematian dan 67 kes membabitkan kes keracunan dan penyakit berkaitan pekerjaan. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka