web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Feri Bawa 312 Penumpang Dari Langkawi Terkandas Di Perairan Kuala Perlis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 8:26AM

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PERLIS - Seramai 312 penumpang feri dari Langkawi terkandas lebih dua jam di perairan Kuala Perlis selepas kipas feri berkenaan tersangkut tali pukat yang dipasang nelayan di perairan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika feri berkenaan berada tidak jauh dari Terminal Feri Kuala Perlis sebaik berlepas dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi pada pukul 8 malam.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata pihaknya mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri tersebut ke Terminal Feri Kuala Perlis.

“Ketika ini kerja-kerja penundaan masih berjalan dan keadaan penumpang adalah terkawal.

“Konsortium juga telah memohon bantuan daripada penyelam pasukan bomba bagi memotong pukat yang tersangkut pada propeller (kipas) feri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Baharin berkata pihaknya turut menasihatkan nelayan supaya tidak memasang pukat di laluan feri bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penggiat Industri Pelancongan Gesa Perkhidmatan Feri Di Langkawi Dipertingkatkan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka