web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Taun Dikesan Di Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 9:39PM

Taun adalah penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesan satu kes taun di Petaling, membabitkan seorang warga negara tempatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman berkata, susulan kes itu, semua pihak diharap meningkatkan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang boleh membawa maut itu.

“Orang awam dinasihatkan meminum air dirawat atau air dididihkan, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mencuci tangan, mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala taun serta jangan makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna.

“Gejala awal taun adalah cirit birit tanpa sakit, loya dan muntah serta boleh membawa kepada dehidrasi atau kematian,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, sebagai langkah pencegahan bagi menyekat penularan jangkitan penyakit itu, semua pengamal perubatan perlu melaporkan serta merta kes disyaki atau disahkan taun ke pejabat kesihatan daerah terdekat melalui telefon, seterusnya menerusi sistem e-notifikasi dalam tempoh 24 jam.

Katanya, pengamal perubatan juga perlu mengambil sampel najis untuk ujian kultur dan sensitiviti bagi setiap kes disyaki.

“Pihak pejabat kesihatan daerah juga, diminta mempertingkatkan survelan Acute Gastroenteritis (AGE) di semua klinik.

“Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi Unit Kawalan Penyakit Berjangkit JKNS di talian 03-51237333,” katanya.

Penyakit kolera atau taun adalah penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka