web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hartal Doktor Kontrak Teruskan Mogok Disember 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:17AM

Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan melancarkan mogok kali kedua pada bulan Disember ini bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan meneruskan siri mogok kedua di seluruh negara bulan depan, selepas masalah lantikan tetap perjawatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) masih gagal diselesaikan.

Perancangan tersebut yang disuarakan kali pertama selepas pembentangan Bajet 2022 itu adalah bagi menyatakan pendirian golongan berkenaan, apatah lagi perincian dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sama sekali tidak menyebut mengenai lantikan tetap ke dalam kerajaan.

Jurucakap Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak berkata, mogok kali kedua tersebut masih berpegang pada tuntutan untuk kerajaan menawarkan pelantikan tetap beserta perolehan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua doktor kontrak. 

“Berdasarkan tuntutan Hartal Doktor Kontrak 1.0 yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan, ditambah dengan sentimen kekecewaan para pegawai kontrak, kami akan meneruskan mogok kedua berskala besar di seluruh negara pada bulan Disember jika isu ini masih berlarutan dan gagal diselesaikan. 

“Kami menyeru kerajaan mengambil serius isu perjawatan pegawai perubatan kontrak agar ia diselesaikan dengan tuntas,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, menerusi pembentangan Bajet 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu, kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.

Kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun.

Bagaimanapun, pengumuman itu belum menjawab persoalan dan penantian semua doktor kontrak mengenai pelantikan mereka secara tetap dalam kerajaan, melalui sistem yang lebih telus seperti dilaporkan sebelum ini.

Tegas jurucakap tersebut, walaupun mogok berkenaan bakal diteruskan, sekretariat terbabit akan terus mendesak kerajaan dan pelbagai pihak berkaitan bagi memastikan permintaan daripada golongan doktor kontrak direalisasikan.

“Kami akan terus bekerjasama dan berunding dengan pihak berkenaan bagi mencari penyelesaian terbaik demi kebajikan dan keadilan seluruh doktor kontrak,” ujarnya.

Sebelum ini, Getaran melaporkan protes berkenaan adalah bagi memastikan janji kerajaan untuk menyambung kontrak doktor sehingga Disember 2022 dilaksanakan kerajaan.

Menurut jurucakap, lebih ramai doktor kontrak diharapkan dapat menyertai protes terbabit bagi memastikan mereka mendapat jaminan keselamatan pekerjaan daripada kerajaan.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan, protes secara aman berkenaan tidak akan menjejaskan operasi di hospital dan klinik kesihatan. – Getaran, 16 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan