web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasang Sensor, Palang Keselamatan Elak Murid Dilanggar Bas Sekolah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 3:01PM

Seorang kanak-kanak maut dilanggar van sekolah ketika dia sedang melintas di hadapan kenderaan itu di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tragedi menimpa seorang murid Tahun Satu yang maut dilanggar van sekolah ketika dia sedang melintas di hadapan kenderaan itu di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang baru-baru ini, bukan sahaja meruntun jiwa masyarakat, malah mencetuskan perdebatan hangat berhubung tahap keselamatan kanak-kanak yang seharusnya lebih diambil peduli.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, Nur Alisha Safiya Mohd, 7, cedera di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital swasta.

Kejadian seumpama itu pernah dilaporkan berlaku pada 2019, membabitkan pelajar berumur tujuh tahun yang maut di Pulau Pinang selepas dilanggar van sekolah dinaikinya.

Majoriti orang ramai menyifatkan, usaha sebaik mungkin sepatutnya diambil pengendali perkhidmatan bas dan van sekolah atau pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian sama berulang, bukan sekadar memberi perhatian dalam tempoh singkat apabila perkara terbabit berlaku.

Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua mencadangkan empat pendekatan untuk meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak yang menaiki bas dan van sekolah.

Profesor Madya Dr Law Teik Hua
Profesor Madya Dr Law Teik Hua

Cadangan pertama, katanya, kerajaan perlu menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khusus dan menyeluruh mengenai pemandu kenderaan sekolah, memandangkan penumpang dalam kalangan kanak-kanak susah untuk dikawal.

“Saya rasa sudah tiba masanya atau sepatutnya lama dahulu kita mulakan untuk mereka (pemandu bas atau sekolah) mempunyai SOP tertentu supaya dapat kawal murid.

“Ini penting, sebagai contoh apabila mereka turunkan kanak-kanak daripada bas, mereka tidak boleh turunkan serta merta dan terus bergerak, perlu ada ‘time gap’. Jika mereka ada SOP ini, kebarangkalian murid ada di sekeliling bas atau van itu akan dikurangkan,” katanya kepada Getaran.

Teik Hua berkata, cadangan kedua adalah untuk pemandu kenderaan sekolah mempunyai pembantu dewasa bagi mengawal pergerakan murid dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke rumah supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Pembantu pemandu itu juga, katanya, boleh menjalankan peranan untuk memantau keadaan dan tingkah laku murid sepanjang perjalanan, termasuk sekiranya mereka membuat gangguan atau bergaduh, sekali gus memastikan konsentrasi pemandu sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Mungkin orang akan cakap perlu kos tambang lebih dan sebagainya untuk membayar gaji pembantu pemandu, tetapi jika ibu bapa mengambil berat mengenai keselamatan anak mereka, bolehlah berbuat demikian,” katanya.

Menurut Teik Hua, cadangan seterusnya adalah pemasangan sistem sensor di hadapan dan belakang kenderaan oleh pemandu atau pemilik bas dan van sekolah, untuk mengesan pergerakan individu serta objek lain di kedua-dua bahagian berkenaan.

“Van sekolah tinggi, sememangnya susah untuk melihat kanak-kanak kecil yang lalu, jadi apabila pasang sistem sensor, ini membolehkan mereka mengesan murid,” katanya.

Cadangan keempat, jelasnya, pemandu atau pemilik sewajarnya memasang palang keselamatan di hadapan kenderaan dan apabila berhenti, alat itu akan menegak yang membantu memandu arah murid melintas untuk mengikuti laluan sesuai sebaik mereka turun.

Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, jika cadangan pertama dan kedua tidak boleh dilaksanakan, cadangan ketiga dan keempat amat sesuai dipraktikkan, sekali gus mengelakkan kejadian berkenaan berulang.

Pada masa sama, katanya, cadangan ketiga dan keempat itu akan membantu mengubah sikap pemandu serta murid.

“Kita kena bergantung kepada teknologi untuk mengubah sikap kita. Pemasangan peralatan seperti cadangan ketiga dan keempat saya kemukakan ini tak mahal, sekali pasang sahaja.

“Kerajaan pun perlu main peranan, termasuk dalam kes membabitkan van sekolah tidak berdaftar. Semua usaha ini perlu disokong kerajaan kerana tanpa sokongan, keadaan mungkin berulang, jadi komitmen kerajaan amat penting,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, siasatan bebas dan menyeluruh perlu dijalankan berhubung insiden membabitkan kanak-kanak perempuan itu.

Tan Sri Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye

Katanya, usaha berkenaan adalah bagi mengenalpasti dan menentukan punca sebenar kejadian.

Beliau berkata, komitmen itu penting memandangkan insiden berkenaan amat serius dan seharusnya diberi perhatian teliti.

“Perkara ini (kemalangan) amat serius, saya minta semua pihak berkuasa untuk memberi perhatian serius mengenainya.

“Ini satu aspek keselamatan jalan raya yang mana pihak pemandu van mengatakan dia tidak nampak murid,” katanya.

Lam Thye berkata, pemandu bas dan van sekolah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati berhubung tahap keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan mereka.

“Tanggungjawab menjaga keselamatan kanak-kanak menjadi tanggungjawab individu dewasa.

“Jadi sebagai individu dewasa, pemandu bas dan van sekolah mestilah mengambil segala langkah perlu untuk mengelakkan kemalangan, termasuk mesti melihat apa ada di hadapan atau belakang kenderaan mereka sebelum bergerak,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka