web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rekod Bekas Banduan Perlu Dimansuh, Beri Peluang Bina Hidup Baharu - Saravanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2021 7:36PM

Saravanan berbual bersama peserta ketika Majlis Pelancaran Program SCOPE di Sofitel Kuala Lumpur. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rekod sebagai banduan perlu dimansuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membuka peluang pekerjaan kepada golongan itu, agar mampu mengelakkan mereka daripada kembali terjebak dengan jenayah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, cadangan terbabit dapat memberi motivasi kepada bekas penghuni penjara untuk lebih bersemangat dan memulakan hidup baru dengan kerjaya yang stabil.

Saravanan berucap ketika majlis pelancaran SCOPE hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis
Saravanan berucap ketika majlis pelancaran SCOPE hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Menurut beliau, rekod sebagai banduan boleh dikekalkan di peringkat Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun akses kepada orang ketiga iaitu majikan, perlu dihapuskan sekiranya mahu mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan berkenaan.

“Saya ada mendengar bahawa KDN sedang memperhalusi supaya nama mereka dikeluarkan dalam masa tertentu, terpulang kepada kementerian itu apa yang mereka rasa selamat. Ini perlu dilakukan kerana sukar untuk mencari pekerjaan jika ada rekod sebagai banduan.

“Penyelesaian terhadap golongan tersebut perlu dicari kerana kita perlu ada hala tuju dan bila sebut Keluarga Malaysia, kita akan membela warga di negara ini tidak kira siapa walaupun bekas banduan, kita tetap akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Second Chances & Opportunities For People to Excel (SCOPE) di Damansara, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Saravanan bercakap dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. - Gambar oleh Sairien Nafis
Saravanan bercakap dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. - Gambar oleh Sairien Nafis

Mengulas lanjut M Saravanan berkata, peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan dicipta oleh SCOPE amat penting bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah untuk bekas tahanan.

Justeru, bagi fasa pertama pelaksanaan program itu, beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 1,000 bekas banduan pada tahun ini, yang akan ditambah kepada 5,000  menjelang 2022.

“Bagi fasa ketiga yang merangkumi 15,000 orang banduan, dijangka dilaksanakan pada tahun 2023. Human Resource Development Corporation (HRD Corp) juga akan bekerjasama dengan universiti awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyediakan sesi kaunseling.

“Ini bertujuan memberikan sokongan menyeluruh kepada peserta. Diharap program ini akan menjadi pemangkin terbaik bukan sahaja membantu bekas banduan, malah membina masyarakat yang lebih inklusif dan memastikan tiada golongan ketinggalan di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, M Saravanan turut menyeru agar lebih ramai majikan tampil memberikan sokongan terhadap usaha tersebut dengan menawarkan penempatan pekerjaan kepada bekas banduan.

“Mereka juga boleh menawarkan lebih banyak kursus di samping latihan kemahiran di pelbagai sektor,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

3

Semasa 10 bulan yang lalu

KDN Akan Segerakan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Kewarganegaraan

4

Ekonomi 10 bulan yang lalu

Google - M'sia Jalin Kerjasama Wujud 300,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2026

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka