web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Urusan Rasmi Tidak Akan Guna Panggilan Telefon - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 8:44AM

Scammer akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai dari agensi kerajaan ataupun polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan sesekali berurusan dengan orang awam melalui panggilan telefon, apatah lagi menggunakan telefon bimbit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob menegaskan, modus operandi scammer yang sering berubah-ubah kerap kali menjadi duri dalam daging hingga menjerat mangsa terutamanya golongan warga emas, khususnya yang tidak peka dengan perkembangan semasa.

Zainuddin berkata, scammer sentiasa mengubah taktik, bukan saja bagi mengelakkan modus operandi dihidu masyarakat, tetapi untuk menjerat golongan yang mudah terpedaya.

“Modus operandi scammer ini berubah-ubah, kalau dulu mereka menyamar menggunakan parcel, kini taktik itu sudah jarang digunakan kerana ada cara baharu yang dikesan lebih efektif.

“Panggilan telefon yang menggunakan kaedah penyamaran, seperti (pihak) income tax (Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kad kredit, hutang bank dan agensi lain didapati lebih berkesan untuk memperdaya orang ramai,” katanya kepada Getaran.

Platform berbeza juga jelas Zainuddin, digunakan oleh scammer bagi menjerat mangsa.

“Selain panggilan telefon, ada juga yang menerima pesanan atau mesej, meminta kita menghubungi nombor tertentu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menjawab panggilan daripada nombor tidak dikenali, walaupun tindakan itu kerap menjadi pertikaian.

Secara logiknya jelas Zainuddin, pemanggil pasti akan menghubungi ahli keluarga terdekat individu berkenaan, sekiranya panggilan terbabit benar-benar tulen dan penting.

“Jika hari ini terima panggilan (daripada) nombor lain, esok nombor lain, lusa (nombor) lain, tolonglah jangan angkat.

“Kadang kala, apabila panggilan itu dijawab dan penerima tidak berhati-hati, mereka akan terjerumus ke dalam masalah serta terjebak dengan perangkap penjenayah,” tegas beliau.

Zainuddin menarik perhatian, kerajaan khususnya pihak berkuasa tidak pernah berurusan dengan orang awam menggunakan panggilan telefon.

“Jika kita menerima panggilan, kononnya daripada pihak polis yang memetik nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), anda dinasihatkan menghubungi segera IPD berkenaan untuk pengesahan dan ia penting untuk mengelakkan dari ditipu.

“Sekiranya anda menerima panggilan yang memberitahu perbualan terbabit akan disambung kepada pegawai penyiasat, itu adalah scam kerana kita tidak memiliki kemudahan itu.

“Urusan pihak berkuasa dijalankan terus menggunakan talian masing-masing,” katanya.

Zainuddin turut meminta generasi muda agar mengingatkan ahli keluarga masing-masing, khususnya warga emas untuk tidak melayan panggilan tidak dikenali, bagi mengelakkan diri menjadi mangsa.

“Bagaimanapun, jika terjawab panggilan seumpama itu, pesan pada mereka untuk tidak berasa takut atau percaya, walaupun jika berunsur ugutan atau ancaman yang membabitkan keselamatan diri,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik