web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lari Pemeriksaan, Penunggang Motosikal Cedera Langgar Kereta Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 4:57PM

Polis mengadakan sekatan jalan raya susulan kes seorang penunggang cedera selepas melanggar sebuah kereta peronda polis di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kampung Pasir, Ampang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Seorang penunggang motosikal cedera selepas melanggar sebuah kereta peronda polis ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kampung Pasir di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku apabila anggota bertugas yang memandu kereta peronda jenis Proton itu, terserempak dengan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemandu kereta peronda polis menyalakan lampu ‘beacon light‘ sebagai tanda amaran dan mengarahkan penunggang motosikal itu berhenti untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya iaitu secara zig zag.

"Polis terus mengekorinya sejauh 500 meter sebelum dia mengubah haluan secara tiba-tiba dan terus melanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta peronda," katanya.

Jelas Mohamad Farouk, akibat pelanggaran itu lelaki tersebut terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala.

"Dia dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan hasil semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor Navine Gunasegaran di talian 012-6436327," katanya. - Getaran, 27 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka