web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JE Ancam Kedah, 2 Pesakit Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 7:15AM

Dr. Othman Warijo - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dua individu disahkan meninggal dunia di daerah Kota Setar akibat penyakit Japanese Encephalitis (JE) yang dikesan pada 18 dan 25 November lalu. 

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kematian kedua-dua individu tersebut menjadikan jumlah kematian keseluruhan ialah tiga, sepanjang tahun ini setakat November.

"Sehingga 25 November, jumlah kumulatif kes JE yang dilaporkan di Kedah pada tahun ini adalah 10 kes berbanding lapan pada tempoh sama pada 2020. 

"Ini bererti terdapat peningkatan kes sebanyak 25 peratus pada tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya di sini, malam tadi.

Dr Othman berkata, aktiviti kawalan wabak telah dilaksanakan serta-merta dengan satu daripadanya adalah kawalan vektor menerusi semburan ruang termal dan larvadising di lokaliti kediaman pesakit serta tempat berisiko lokaliti wabak. 

Selain itu katanya, kajian entomologi turut dijalankan oleh pegawai sains kaji serangga di kawasan terlibat. 

"Pihak kami turut melakukan pengesanan kes secara aktif (ACD) di kawasan terlibat dengan orang ramai dinasihati mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala demam, sakit kepala dan muntah. 

"Perbincangan turut dijalankan dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk melancarkan aktiviti kawalan vektor bersepadu," katanya. 

Tambahnya, orang ramai diseru untuk membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman masing-masing bagi mencegah penyakit tersebut. 

"Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan repelan serta memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang apabila berada di luar rumah. 

"Orang ramai juga boleh menyembur aerosol dalam rumah kira-kira jam 10 malam bagi membunuh nyamuk dewasa," ujarnya. - Getaran, 29 November 2021

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 51 minit yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran