web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jualan Keluarga Malaysia Bantu Ringankan Beban Pengguna - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Dec 2021 8:33PM

Ismail Sabri Yaakob (kanan) melawat gerai jualan yang terdapat pada Program Jualan Keluarga Malaysia KPDNHEP di Blok D PPR Kerinchi, Pantai Dalam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Jualan Keluarga Malaysia bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat, khususnya pengguna berpendapatan rendah akan diteruskan di seluruh negara sehingga isu kenaikan harga selesai sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah antara alternatif digerakkan kerajaan sehingga harga barang mencatatkan penurunan menjelang Februari tahun hadapan.

"Kerajaan sedar tentang kenaikan harga barang ketika ini dan tidak akan membenarkan rakyat terbeban dengan begitu sahaja.

"Program ini akan diperluaskan di seluruh negara mengikut setiap Parlimen dan mengikut perancangan awal oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan," katanya ketika sidang akhbar majlis pelancaran jualan Keluarga Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Perdana Menteri berkata, program ini akan diadakan dua kali sebulan dan disasarkan sehingga Februari depan.

"Bermula 4 Disember, jualan seperti ini akan diperluaskan serentak di seluruh negara. Untuk peringkat permulaan, kriteria utama adalah kawasan B40 dan M40. Itu sasaran awal kerana mereka yang terkesan teruk akibat kenaikan harga barang terutama selepas pandemik COVID-19.

"Antara barangan yang dijual seperti beras, gandum, gula bahan kering dan barang basah. Pada juala ini juga, pelanggan ditawarkan harga barangan dengan diskaun 20 hingga 50 peratus," ujarnya.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, program itu akan ditamatkan sekiranya harga barangan menurun dan diteruskan sekiranya kenaikan masih berlaku.

"Kita tengok jugalah kalau harga tak turun kita akan teruskan, harga akan mula menurun bila kita melambakkan sayur, ikan dan lain-lain. Kita terpaksa import bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga dapat diturunkan," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, peniaga diingatkan untuk tidak menaikkan harga barang sesuka hati dan tindakan tegas menanti sekiranya ada yang berdegil.

"Difahamkan, sebanyak 2,200 penguatkuasa telah diarahkan oleh KPDNHEP untuk membuat tindakan kepada peniaga yang menaikkan harga tanpa alasan munasabah," tambahnya. - Getaran, 2 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah