web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


18,600 Pelajar IPT Dikecualikan Bayaran Ujian Pengesanan - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 8:13AM

Dr Adham Baba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sejumlah 18,600 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong dalam tiga kategori ditetapkan, dikecualikan daripada dikenakan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mereka adalah pelajar yang akan memulakan sesi pembelajaran fizikal dari Sarawak, Labuan dan Semenanjung ke Sabah; pelajar dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan; serta pelajar dari Semenanjung dan Labuan ke Sarawak.

Beliau berkata, pengecualian fi itu adalah untuk melakukan ujian tersebut di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bercakap pada majlis pelancaran buku bertajuk Impak COVID-19 Terhadap Insan, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara maya pada Khamis, Dr Adham menganggarkan kos terlibat ialah sebanyak RM2.79 juta.

Buku tersebut dihasilkan sekumpulan penyelidik dari Pusat Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, berdasarkan pengalaman mendepani Covid-19 serta penyelidikan saintifik.

Menurut Dr Adham, keputusan diambil selaras dengan usaha kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19, dengan mewajibkan semua pelajar tersebut menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan sesi pengajian.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata, setakat ini, 80,336 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, majoritinya ialah petugas barisan hadapan yang disenaraikan dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, yang bermula pada 24 Feb lepas.

Menurut Dr Adham, kira-kira 271 juta penduduk dunia telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan Amerika Syarikat merekodkan jumlah tertinggi iaitu 80.5 juta penduduk, diikuti China 52.5 juta, Kesatuan Eropah (35.6 juta) dan United Kingdom (21.5 juta).

Menurutnya, Malaysia menduduki tangga ke-68 daripada jumlah keseluruhan negara yang telah dan sedang memberi suntikan vaksin Covid-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MOSTI Gerak Pasukan Siasat Penemuan Serpihan Roket Di Sarawak

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lembaga Angkasa Malaysia Dilancar Sepenuhnya Awal Tahun Hadapan - Dr Adham

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Buka 25 Kertas Siasatan Kes Salah Urus Pengurusan COVID-19

4

Semasa 3 tahun yang lalu

151,729 Penerima PeKa B40 Hidap Penyakit Tidak Berjangkit

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 11 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 14 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali