web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Buka 25 Kertas Siasatan Kes Salah Urus Pengurusan COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2022 2:54PM

Adham dilapor sedia memberikan kerjasama kepada SPRM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 25 kertas siasatan berhubung salah urus pengurusan COVID-19 dibuka, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata siasatan kes berkenaan merangkumi pelbagai isu kesalahan dan SPRM akan memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.

“Saya hendak nyatakan ia berkaitan pengurusan COVID-19 maka apa-apa laporan (perkembangan kes itu), kami akan maklumkan.

“Banyak individu telah dan akan dipanggil kerana setiap satu kes itu adalah berbeza,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Pemantapan Wartawan bersama SPRM di sini hari ini.

Azam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes salah urus pengurusan COVID-19.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kes berkenaan turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan.

Mengulas sama ada bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba akan dipanggil bagi membantu siasatan, Azam berkata sebarang kemungkinan tindakan akan dilakukan mengikut keperluan termasuk memanggil individu terlibat.

“Ia bergantung kepada keperluan sebab itu saya katakan tadi ada 25 kertas siasatan dalam pelbagai isu, jadi tidak semestinya Menteri Kesihatan sahaja yang akan dipanggil,” katanya.

Azam berkata SPRM akan meneliti individu yang terlibat sebelum memanggil mereka.

Pada 25 Mei lepas, Dr Adham dilapor sedia memberikan kerjasama kepada SPRM berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19.

Beliau yang memegang portfolio itu semasa negara sedang berhadapan dengan wabak tersebut mula melanda Malaysia, mengakui pernah menerima sendiri aduan mengenai perkara itu sekali gus menjelaskan perkara tersebut berlaku di peringkat pentadbiran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia