web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Izin Bahas Isu Banjir, Dewan Rakyat Gamat Seketika

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 7:08PM

Azhar Azizan tidak membenarkan isu banjir di bincangkan di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun tidak membenarkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan membahaskan isu banjir yang melanda negara ketika ini.

Beliau menegaskan perkara itu tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, hanya terdapat satu urusan mengikut AUM pada hari ini iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342.

“Maaflah. Kalau hendak penerangan menteri itu selalunya itu terserah kepada menteri untuk membuat penerangan dengan diberi notis kepada saya bahawa mereka akan membuat penerangan di bawah 14 (1) (i).

“Jadi kita tidak boleh melompat dari satu isu ke satu isu tanpa isu itu berada dalam AUM. Begitu yang kita buat, begitu kita jalankan prosiding Parlimen. Saya tahu tapi kita kena ikut peraturan kan. Maaf, saya nak menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjalankan prosiding seterusnya,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau menteri berkaitan memberi penjelasan mengenai langkah yang diambil untuk menangani bencana banjir yang telah meragut beberapa nyawa setakat ini.

“Sungguhpun ini agak tergempar tapi saya harap seorang menteri khususnya menteri berkaitan perparitan bolehlah berikan satu jawapan tentang apakah langkah-langkah, apakah bantuan dan apakah usaha yang boleh dilakukan supaya keadaan dapat dipulihkan dalam masa paling singkat sekali.

“Seperti Tan Sri tahu kita amat sedih dengan gambar-gambar, kita boleh lihat ramai terpaksa berteduh dan berselindung di atas bumbung rumah mereka. Ini tak sepatutnya berlaku di Lembah Klang yang mana dianggap kawasan maju sekali,” katanya.

Turut bangkit mempersoalkan perkara sama Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Kita ingin mengetahui apakah langkah-langkah daripada kerajaan, contohnya wang ihsan yang diumumkan RM1,000 itu, berapakah mangsa yang menerimanya, berapa ramai yang akan menerima dan bilakah akan diberikan?

“Sebagai contoh RM50 juta untuk Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara dan RM100 juta untuk baiki infrastruktur dan rumah ini. Tadi saya melawat di Ampang ada keperluan untuk memperbaiki longkang besar yang menyebabkan banjir lumpur dengan amat teruk,” katanya.

Malah beliau berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta itu tidak mencukupi untuk membaiki infrastruktur dan kediaman yang rosak teruk akibat banjir.

“Jadi saya menyokong perkara ini dijelaskan dalam Dewan Rakyat. Terima kasih,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut