web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir di PPS 7 Negeri Catat Penurunan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 10:09AM

Petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Changgang melakukan pemeriksaan kepada setiap mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan penurunan dengan 44,390 orang setakat jam 9.30 pagi ini berbanding 46,524 yang dilaporkan malam tadi.

Menurut aplikasi InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah tersebut merangkumi 12,850 keluarga yang melibatkan 283 PPS di tujuh negeri.

Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 25,325 orang terdiri daripada 7,506 keluarga di 179 PPS.

Bagi Selangor, negeri terbabit merekodkan sejumlah 17,504 mangsa yang terdiri daripada 4,885 keluarga di 90 PPS diikuti Kelantan dengan 862 orang daripada 278 keluarga di lima PPS yang dibuka.

Sementara itu, seramai 292 mangsa direkodkan di Negeri Sembilan yang terdiri daripada 84 orang di empat PPS diikuti Kuala Lumpur dengan 234 mangsa daripada 55 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Perak pula mencatatkan 99 mangsa daripada 25 keluarga manakala Melaka dengan 74 mangsa daripada 17 keluarga, yang masing-masing di tempatkan di dua buah PPS. - Getaran, 25 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 53 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki