web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Bentong Siasat Kes Tular, Individu Tak Puas Hati Petugas Kaunter

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 3:44PM

IPD Bentong akan menyiasat rungutan orang ramai terhadap petugas di kaunter PDRM di Medan Selera Karak, Pahang, yang didakwa lambat datang dan tular di media sosial sejak semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan melakukan siasatan terhadap anggotanya yang bertugas di Kaunter Aduan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Medan Selera Karak, Pahang. 

Tindakan ini dilakukan susulan timbul ketidakpuasan hati orang ramai terhadap petugas di kaunter aduan berkenaan, seperti yang tular menerusi media sosial sejak semalam. 

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya mengambil perhatian dengan kes yang tular itu dan tindakan yang bersesuaian akan diambil terhadap petugas terbabit.

"Walaupun pelbagai langkah telah diambil dalam memudahkan orang ramai membuat laporan polis, namun terdapat insiden di luar kawalan. 

"Ini disebabkan sikap segelintir anggota yang mungkin terbawa-bawa emosi ketika menangani keluhan dan kesusahan yang menimpa masyarakat," katanya, hari ini. 

Sehubungan itu, Zaiham menggesa individu  yang menularkan insiden tersebut agar memberikan kerjasama dengan menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09-2222222 bagi memudahkan siasatan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, PDRM mengambil berat kesukaran dihadapi oleh semua golongan masyarakat, khususnya penduduk yang berdepan banjir luar jangka di Bentong selama hampir 10 hari.

"Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah untuk membuka kaunter aduan khas PDRM di pusat pemindahan sementara (PPS), bagi membantu masyarakat dan memudahkan urusan membuat laporan polis.

“Bagi tujuan berkenaan, kaunter aduan khas PDRM itu dibuka di Medan Selera Karak, PPS Dewan Arena Bentong, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak dan PPS SMK Karak Setia," katanya. 

Sementara itu, Zaiham berkata, kaunter bagi kemudahan mangsa banjir juga beroperasi di PPS Dewan Bukit Piatu, PPS Dewan Bukit Dinding dan PPS Pascorp Papersetia dengan semua langkah telah diambil untuk keselesaan dalam memudahkan orang ramai. 

"Sejak beroperasi sehingga kini, IPD Bentong menerima aduan secara manual sebanyak 3,107 daripada orang ramai," katanya. 

Seorang pengadu beberapa hari lalu berkongsi kekecewaannya di media sosial terhadap empat anggota bertugas. 

Individu itu mendakwa anggota polis tersebut tiba lewat pada jam 9.30 pagi, sedangkan waktu yang ditetapkan adalah jam 8 pagi. - Getaran, 26 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 58 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 53 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi