web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Jualan Keluarga Malaysia Lanjut Sehingga Mac

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 9:23PM

KPDNHEP akan melanjutkan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) sehingga 4 Februari ini di 222 kawasan Parlimen. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di kesemua 222 Parlimen akan dilanjutkan sehingga Mac depan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, ia bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dan memberi pelbagai pilihan kepada pengguna untuk berjimat melalui pembelian terancang. 

"Pihak KPDNHEP juga akan melanjutkan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) sehingga 4 Februari, bertujuan menstabilkan harga barangan keperluan asas pada masa ini.

"Dalam masa sama, usaha ini akan dilanjutkan dengan pelbagai program bersifat rakyat yang akan dilaksanakan, seperti Jualan Kembali Ke Sekolah (Back-to School), Jualan Musim Perayaan, Jualan Hari Kebangsaan, Jualan Bulan Sukan dan sebagainya," katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, tugas penguatkuasaan turut giat dijalankan melalui Ops Cakna, Ops Pasar dan Ops Menu dalam memastikan tiada pihak mengambil kesempatan atas insiden banjir.

Malah, katanya, sesi libat urus akan diteruskan bersama industri untuk mencari jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi, pasca COVID-19.

Ujarnya lagi, ekonomi digital turut diperkasakan dengan memperluas lagi inisiatif transaksi runcit tanpa tunai iaitu Retail Degitalisation Initiative (ReDI) ke seluruh negara sejajar dengan tuntutan realiti semasa.

"Semua sektor ekonomi perdagangan dan pengedaran domestik diyakini melonjak semula. 

"Kementerian juga mengingatkan rakyat serta semua premis perdagangan domestik agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kadar jangkitan kekal rendah dan tidak menjejaskan operasi perniagaan dan pengedaran," katanya.

Tambah jurucakap itu, pengalaman daripada COVID-19 dan bencana banjir juga mendorong kementerian mempergiat program kepenggunaan dalam memastikan ahli Keluarga Malaysia lebih cakna kepada hak dan peranan sebagai pengguna.

"Kita juga perlu bersedia menerima keadaan sukar yang sedang menghambat negara dan membuat perubahan sementara sama ada dari segi cita rasa, corak perbelanjaan serta semangat kenegaraan," katanya. - Getaran, 5 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global