web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tugas Penuh Risiko, NPC Harap Media Jadi Penerima Terawal Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 4:09PM

Ahirudin Attan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Kerajaan digesa agar membenarkan media menjadi antara penerima terawal vaksin COVID-19, sebaris dengan petugas barisan hadapan yang lain.

Pengerusi Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC), Datuk Ahirudin Attan berkata, risiko jangkitan COVID-19 ke atas golongan berkenaan amat tinggi, seiring dengan skop tugasan yang memerlukan mereka sentiasa berada di lapangan.

Menurut beliau, adalah amat menyedihkan apabila peranan dan aspek keselamatan petugas media sering dipandang ringan serta diketepikan.

"Petugas media ini adalah antara  petugas barisan hadapan yang terdedah dengan jangkitan kerana berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat.

"Tetapi ramai yang tidak tahu peranan wartawan ini, justeru saya berharap agar kerajaan menimbangkan cadangan untuk mereka menjadi antara penerima terawal vaksin COVID-19,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Pop Meals kepada NPC, di sini hari ini.

Pengurus Komunikasi Pop Meals, Nurul Jamaluddin bersama produk Pop Meals
Pengurus Komunikasi Pop Meals, Nurul Jamaluddin bersama produk Pop Meals

Semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) membuat pengumuman mengenai status permohonan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) agar pengamal media menjadi antara golongan penerima terawal vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, JKJAV telah mewujudkan jabatan kecil bagi melihat dan menilai permohonan seumpama itu.

Jelas beliau, satu mesyuarat akan diadakan Khamis ini dan segala perkembangan terkini mengenai permohonan itu akan dimaklumkan kepada media.

Dalam perkembangan lain, 13 pengamal media di Sarawak dianggap bertuah apabila muncul sebagai penerima terawal vaksin COVID-19, seiring petugas barisan hadapan yang lain.

Ia terkandung dalam fasa pertama vaksin Pfizer-BioNTech di negeri itu, bermula 26 Februari lalu hingga 31 Mac nanti.

Turut muncul sebagai penerima terawal ialah sepuluh wakil media di Labuan, Sabtu lalu.

Barisan pengamal media mencakupi wartawan, jurugambar dan jurukamera sememangnya antara golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19, khususnya apabila melakukan tugasan di lapangan.

Walaupun mengamalkan dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, bahaya sentiasa menanti apatah lagi jika perlu membuat laporan di kawasan berzon merah.

Beberapa negara dunia termasuk Amerika Syarikat sudah menyenaraikan petugas media sebagai penerima awal vaksin berikutan risiko yang dihadapi golongan terbabit. - Getaran, 9 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

3

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu