web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Angkara Cemburu, Suami Tetak Isteri Sehingga Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 4:34PM

Peter Umbuas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Nyawa manusia seolah-olah semakin tidak bernilai apabila direnggut sesuka hati, hanya kerana didorong rasa amarah atau cemburu.

Selepas seluruh negara gempar dengan tragedi pembunuhan seorang wanita oleh suaminya di Johor, minggu lalu, satu lagi peristiwa berdarah seperti itu berulang kembali.

Angkara cemburu dan nafsu, nyawa menjadi taruhan apabila seorang wanita hamil maut ditetak suaminya, kelmarin.

Insiden tragis berkenaan dilaporkan berlaku di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau – Semporna, dekat sini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, 20-an, ditemui maut dengan kesan tetakan pada bahagian belakang leher di sebuah rumah kongsi tidak bernombor di situ.

Difahamkan, kejadian berpunca selepas suspek yang juga warga Filipina berusia 22 tahun mengetahui hubungan sulit mangsa.

Mangsa dikatakan enggan menceritakan hal sebenar walaupun didesak berulang kali, menyebabkan suspek berang dan menetak bahagian belakang leher isterinya.

Akibat tetakan, mangsa terjatuh sebelum mayatnya ditemui orang ramai dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas hari ini berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu sebelum melancarkan gerakan memburu suspek yang juga bekerja sebagai buruh ladang.

"Bertindak atas maklumat diterima, suspek berjaya ditahan jam 12.05 tengah malam, semalam, di Ladang Sawit Kanda Jelita, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

"Turut dirampas ialah sebilah parang berukuran 68 sentimeter dipercayai digunakan suspek untuk menetak mangsa," katanya.

Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Tambah Peter, kedua-dua pasangan suami isteri itu adalah warga Filipina dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. – Getaran, 9 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Sukan 17 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 23 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari