web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyata Akaun Bank Palsu, 15 Suspek Direman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 11:44AM

Sebahagian daripada individu yang direman bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat, yang memiliki butiran palsu untuk memasuki tender pada 2018 dan 2019.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Lima belas individu dikenakan perintah tahanan reman antara tiga hingga lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes penyata akaun bank beberapa syarikat yang mempunyai butiran palsu.

Sumber memaklumkan, penyata akaun bank dengan butiran palsu itu dipercayai digunakan untuk melayakkan semua syarikat terlibat memasuki tender penswastaan pengumpulan sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam di wilayah utara tanah air.

“Secara keseluruhannya SPRM menahan 21 individu semalam terdiri daripada 18 lelaki dan tiga wanita berusia antara 31 hingga 77 tahun berhubung kes tersebut, namun buat masa ini hanya 15 daripadanya direman manakala enam yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Kesemua mereka ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dan sekitar Bangi, Selangor,” katanya.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Sumber memaklumkan, mereka yang ditahan terdiri daripada pengarah syarikat, pemilik syarikat, pengurus, kontraktor dan individu yang bekerja sendiri,

“Difahamkan siasatan masih berjalan dan kemungkinan akan ada lagi tangkapan yang bakal dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Memang ada tangkapan dilakukan namun saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya memandangkan kes masih disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. - Getaran 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

2

Semasa 3 hari yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 2 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud