web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wujud ‘Agenda’ Hukum Azam Baki Sebelum Terbukti Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 7:40PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendedahkan wujudnya agenda tertentu daripada pihak yang berniat menghukum Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebelum beliau dibuktikan bersalah.

Beliau berkata, pihak yang lantang bersuara berhubung tuduhan urus niaga saham melibatkan Azam jelas tidak mematuhi ‘rule of law’ yang mensyaratkan seseorang individu itu ‘innocent until proven guilty’.

“Suara-suara nyaring di dalam media yang menggembar-gemburkan isu urus niaga saham ini dan mahu Tan Sri Azam Baki dilucutkan jawatan nampaknya mempunyai agenda tertentu.

“Nampaknya, mereka ingin menghukum Azam Baki sebelum ada perbicaraan dan bukti yang kukuh menurut undang-undang negara,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut memuji kerelaan Azam untuk disiasat pihak berkuasa yang telah membuat penjelasan isu berkenaan pada 6 Januari lalu.

Pada masa sama, beliau menyifatkan tindakan itu menunjukkan integriti Azam yang tinggi sebagai penjawat awam.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar semua pihak berpaksi pada ‘rule of law’ di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang- wenangnya menghukum mereka melalui perang media.

“Penjawat awam, di dalam menjalankan tugas mereka, adakalanya akan dijadikan sasaran kerana ketegasan,” tambahnya.

Terdahulu, Abu Zahar pada sidang media Rabu lalu menegaskan, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Sehubungan itu beliau berpendapat, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun Abu Zahar menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahu siasatan diteruskan dengan menubuhkan RCI.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata, akaun sahamnya ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli semua saham berkaitan pada tahun 2015, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan ‘pecuniary’ ataupun ‘benefisial’ bagi pembelian atau pemilikan ke atas setiap saham berkenaan.

Pembelian semua saham itu dibuat di pasaran saham terbuka pada tahun 2015 dan tidak wujud sebarang percanggahan.

Bagaimanapun, kesemua saham tersebut telah dipindahkan semula kepada Nasir. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah